Rabu, 5 Februari 2014

RETAINED CUD @ RETAINED DIE BREAK

       Retained cud adalah juga kategori cud error dimana serpihan die yang pecah belum tertanggal sepenuhnya. Walaupun sebenarnya serpihan ini telah terpisah dari batang die tetapi masih berada bersama die dan mampu menempa sebilangan syiling sebelum ianya terpelanting keluar atau die yang rosak itu ditukar.
     
       Pengumpul syiling error cenderung untuk meletakkan kategori cud error bila pecahan die terjadi sekitar rim atau menyentuh bahagian rim dan kebanyakan penemuan cud sememangnya adalah dalam keadaan yang sedemikian. Depankanta berpendapat ciri-ciri retainad cud error tidak semestinya menyentuh bahagian rim.

      Penemuan retained cud atau retained die break pada syiling 10 sen 2002 ini membuktikan pecahan die tidak semestinya terjadi pada bahagian tepi die yang menyentuh bahagian rim tetapi terjadi pada bahagian tengah die.
 
                        Retained cud error




             Retained cud terjadi pada bahagian muka syiling kerana bahagian ini ditempa oleh die bawah yang berkedudukan seperti lantai, bila die bawah pecah ianya tidak terus terpelanting keluar kerana masih kekal oleh graviti serta diapit oleh logam disekelilingnya.

Pengenalan retained cud ialah pada bahagian yang rosak masih terdapat corak-corak halus (details) yang tidak begitu jelas berbanding dengan cud error yang tidak meninggalkan apa-apa corak.

                           Cud error yang dipamirkan sebelum ini, tiada kesan imej kerana bahagian planchet tidak terkena/tersentuh logam die.

                     Lakaran bagaimana retained cud error terjadi
     Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada sdr. Mohd Halim Mohd Nor dari Kubang Kerian,Kota Bharu  untuk perkongsian syiling ini.