Jumaat, 16 Mac 2012

20 SEN S3M,REPAIRED DIE

Menggunakan motif bunga melur,bahagian muka syiling 20 sen s3M mudah terdedah kepada apa2 kesan yg dibuat keatas imej utama itu.Keadaan ini adalah kerana ruang kosong pada kelopak bunga melur itu secara relatifnya agak besar dan memudahkan kesan seperti bekas die diperbaiki dapat dilihat dgn jelas.

       Berbanding dgn dua siri sebelum ini,tiada ruang yg luas pada lorekan imej menyebabkan sukar dijumpai error pada bahagian ini,hanya dijumpai kesan spt repaired die atau lathe lines dilihat pada bahagian fields syiling.

     depankanta berpendapat garis2 yg dilihat pada bunga melur dibahagian muka syiling 20 sen s3M ini adalah hasil dari kerja2 selenggara semula die yg dibuat dgn tidak sempurna iaitu proses polish semula selepas die dibersihkan tidak siap sepenuhnya.

                                        Kesan repaired die dapat dilihat pada setiap kelopak bunga melur kerana ruang yg kosong agak luas.Garis2 halus yg muncul ini mungkin ada pertalian dgn syiling lathe lines yg dipamirkan sebelum ini.

           Mungkin pengumpul lain juga menemui syiling yg terdapat fenomena ini kerana ianya banyak ditemui.