Isnin, 22 Oktober 2012

STRUCK THROUGH "RAMBUT"

        Struck through error merupakan kategori yang ada keistimewaan tersendiri. Dari kategori utamanya Striking error,ianya dibahagikan mengikut Sub-kategori yg lebih spesifik biasanya dinamakan mengikut objek yang disyaki berada antara die dan planchet semasa proses penempaan berjalan.Antara yang biasa dijumpai dikaitkan adalah objek2 yg ada sekitar tempat penempaan atau yang ada pada Pekerja yg mengendalikan mesin2 penyilingan.

          Wayar,cebisan kain,cebisan besi,benang,tisu,plastik merupakan objek2 yang biasa dikaitkan dgn struck through object.Struck through error lebih mudah terjadi sekiranya proses penempaan dibuat dgn kedudukan kedua die adalah atas dan bawah.Sekiranya penempaan dibuat secara mengiring iaitu kedudukan die kiri dan kanan tentu sukar bagi objek asing untuk berada antara die dan planchet.

          Antara seurat rambut dan seurat wayar yg halus sukar dikesan perbezaannya kerana saiznya yg hampir sama,rambut yg mempunyai kekuatan spt sumbu badak ini boleh menyebabkan berbekas kesan tempaan struck through pada permukaan syiling.

                         Syiling 10 sen 2006 dgn kesan struck through ini disyaki disebabkan seurat rambut atau seurat wayar halus....

               Bahagian muka tiada apa2 kesan error...

         Kelihatan bentuknya adalah spt seurat rambut yg ikal atau seurat wayar halus.....


              Syiling 50 sen 2005 ini pernah dipamirkan bawah tajuk struck through error...

           Juga disyaki disebabkan wayar atau rambut.....

Syiling2 struck through seperti ini mudah terkeliru dgn syiling PMD yg terguris benda tajam,pemerhatian yg teliti menggunakan kanta berkuasa tinggi akan membantu kita membezakannya....