Rabu, 7 November 2012

20 SEN 2006,ROTATED DIE

    Selain syiling Doubled die variety (DDV),syiling rotated die merupakan buruan yg menjadi idaman pengumpul.Darjah kedudukan kedua muka syiling yang tidak selari akan menjadi ukuran untuk mengklaskan samada major atau minor sesekeping syiling rotated die error.Biasanya yg melebihi 100 darjah akan mendapat premium yg tinggi.

      Errror dalam kategori ini bukan satu varieti die tetapi adalah dalam kategori utama striking error kerana ianya terjadi disebabkan oleh kerosakan komponen mesin menempa syiling.Isu utama dalam membicarakan berkaitan rotated die ialah bagaimana kedudukan sudut tegak sebenar syiling2 Malaysia!.

     Hingga kini depankanta belum menemui dokumen rujukan yang sahih berkaitan kedudukan imej sebenar syiling2 Malaysia.Syiling 50 sen contohnya,kedudukan imej wau bulan yg sebenar tidak dapat dipastikan,pada awalnya depankanta berpendapat ianya adalah berkedudukan tegak dgn kepala wau tegak keatas tapi rakan2 blogger ada yg berpendapat kedudukan kepala wau sebenar adalah senget sedikit.Ada pula penemuan kategori rotated die menyatakan kedudukan yg senget kemungkinan dalam kategori"roteted die due to improper installation" iaitu kesilapan semasa memasang die atas dan die bawah.

    Nampaknya banyak lagi yang perlu kita pelajari untuk mengusai bidang syiling error agar setanding dgn pengetahuan yang ada pada pengumpul antarabangsa...Harap pengumpul2 muda kita telah bersedia kearah ini...

         Untuk kategori rotated die ini,dipamirkan penemuan syiling 20 sen 2006 dgn CW/CCW 180 darjah.

          Persoalan tentang kedudukan sebenar imej pada syiling Malaysia biasanya terjadi pada bahagian muka kerana tiada rujukan yang dapat dijadikan panduan.Depankanta berpendapat kedudukan spt ini adalah kedudukan tegak bagi imej tepak sireh syiling 20 sen siri ke2 Malaysia.

                Bila pusing kesebelah belakang syiling,angka dan huruf menjadi terbalik 180 darjah....

Dalam post terdahulu pernah dipamirkan penemuan syiling 20 sen 2005 dgn darjah rotation 135 darjah...