Khamis, 11 Julai 2013

DOUBLED DIE REVERSE 5SEN 1982

      Syiling Varieti Doubled die atau varieti Acuan Berganda telah mendapat tempat pertama dikalangan peminat syiling error Malaysia, perlumbaan untuk melengkapkan koleksi syiling-syiling DDV sedang rancak disana-sini, hasil dari usaha pencarian ini tentu akan menjadi perkongsian yang penting untuk generasi pengumpul akan datang.

        Kemudahan perhubungan melalui IT sangat membantu perkembangan numismatik, tanpa kemudahan seperti ini sukar dibayangkan bagaimana dapat dibuat dgn jayanya perkongsian tentang penemuan syiling-syiling error dan varieti...Usaha rakan-rakan pengumpul yang mula mengkhususkan kategori DDV dalam blog mereka telah menggalakkan penyertaaan baru dan merancakkan lagi pemburuan syiling-syiling DDV.

       Untuk perkongsian pertama dibulan Ramadhan ini depankanta pamirkan hasil buruan terbaru iaitu sekeping syiling DDR.5 sen 1982 yang dikira termasuk dalam kategori yang sukar dijumpai.

                  Pemerhatian bagi penentuan varieti DD bagi syiling ini ialah pada beberapa bentuk "notching" sebahagian huruf serta bunga raya kecil pada belakang syiling...Perhatikan kewujudan notching yg jelas pada kaki huruf "M"...Jurang pengasingan imej juga jelas pada imej bunga raya kecil..

            Ciri-ciri imej kedua (secondary) iaitu imej bawah berbentuk "membulat"(rounded) penting diperhatikan untuk membezakannya dengan syiling-syiling MDD.

                Sama-sama kita buru varieti DDR 5sen 1982 ini sebelum ianya lenyap dari edaran....

                   Penemuan kali ini tidak begitu membanggakan kerana keadaan syiling yang begitu lasak, warna kemerahan adalah kesan toning semulajadi yang biasa terjadi pada logam syiling...Terdapat juga kesan die clash pada bahagian muka syiling 5sen 1982 DDR ini...

              Penemuan DDR 5sen 1982 diatas telah melengkapkan tiga varieti DD syiling 5sen bagi siri Parlimen. Iaitu DDO 5 sen 1977 yang pernah dipamirkan ini.....dan......

......DDR 5sen 1976 yang juga pernah dipamirkan ini.