Pada pemerhatian depankanta,terdapat 4 versi design bunga raya dan 2 design wau pada syiling 50sen antara tahun 2000-2010
BAHAGIAN BELAKANG (REVERSE)
bagi memudahkan penerangan depankanta namakan siri ini sebagai bunga 1,bunga 2, bunga 3 dan bunga 4..perhatikan perbezaan pada lekuk (curve) setiap kelopak bunga.
Pada sebelah depan hanya ada 2 design..wau 1 dan wau 2.Perbezaan yang jelas adalah pada bunga bintang bahagian tengah-tengah wau.Pada bahagian pusat bunga ini pada wau 1 didapati rata permukaannya sementara pada wau 2 di tempa kedalam menyebabkan ditengah-tengahnya menjadi lekuk.
KITA PERHATIKAN PERBEZAAN BUNGA DAN WAU SETIAP TAHUN PENGELUARAN...............
2000 di gunakan design bunga 4 (rev)dan wau 1(obv)...ada 1 versi sahaja
2001 bunga 1 dan wau 1....ada 1 versi sahaja
2002 ada 2 versi ....versi 1 bunga 3 dan wau 1
versi 2 2002 bunga 2 dan wau 1
2 VERSI TAHUN 2002 VERSI 1 VERSI 2
2003 bunga 1 dan wau 1....1 versi sahaja
2004 bunga 1 dan wau 1....1 versi sahaja
2005 dijumpai 3 versi yang berlainan..versi 1 bunga 2 dan wau 1
versi 2 bunga 1 dan wau 2
versi 3 bunga 3 dan wau 1
3 versi 2005 versi 1 versi 2 versi 3
2007 ada 2 versi yang si tempa..versi 1,bunga 1 wau 1
versi 2 bunga 2,wau 2
2 versi 2007 versi 1 versi 2
2008 bunga 1,wau 1....1 versi sahaja
2009 bunga 1 dan wau 1...1 versi sahaja
2010 bunga 1 dan wau 1.....1 versi sahaja
Depankanta buat simple table bagi memudahkan sesiapa yang ingin mengesan syiling palsu...
RUMUSAN DIATAS ADALAH PENDAPAT DAN PENEMUAN DEPANKANTA SEMATA-MATA BERASAS PADA KOLEKSI DEPANKANTA,SEKIRANYA DIJUMPAI KELAINAN DARI YANG INI,MUNGKIN DEPANKANTA MASIH ADA YANG TERKURANG...ATAU ANDA MEMILIKI SYILING PALSU!!..........
Well Done!
BalasPadamIni adalah Die Variety.
Hi depankanta,
BalasPadamSatu pemerhatian yang tajam.
Tahniah :)
Nampaknya depankanta pasti sudah menghabiskan banyak masa untuk mendapatkan begitu banyak veriti ini.
BalasPadamBanyak terima kerana sudi berkongsi :)
Sebagai pakar Mr.Niew melihat dari sudut "bagaimana ia terjadi"dan sebagai orang biasa depankanta melihat "apa yang terjadi".Umpama bila jumpa tayar pancit depankanta cakap "tayar ini pancit!" tapi Mr.Niew cakap "tayar ini kena paku!".Kita masih di landasan yang sama...TQ SIFU
BalasPadamTerima kasih whycollect,tujuan depankanta buat analisa begini bagi memudahkan untuk mengesan syiling palsu.depankanta terjumpa syiling palsu 2009 melalui kaedah ini,ianya dikesan kerana berlainan dari versi yang ada....
depankanta dapat maklumat baru,ada 4 die variety pada syiling 50 sen siri bunga raya..nanti depankanta akan teliti semula dan akan buat pindaan pada post ini..
BalasPadamPost ini depankanta buat sedikit pindaan berasaskan penemuan terbaru
BalasPadamsalam pernah tgk x syiling 50 sen tahun 2010 ada extra dot di kawasan kosong antara bulan tu?saya ada duit yang jnis ni adakah duit palsu?
BalasPadamSalam anonymous,
PadamSyiling palsu atau tulin tidak dapat ditentukan oleh sedikit error pada syiling berkenaan TAPI ianya ditentukan oleh faktor lain yg spt berat,design,magnetik dll.
Syiling yg dimaksudkan itu mungkin tulin dan dalam kategori die gouge error dan bukan syiling palsu.Hingga hari ini belum dijumpai syiling 50 sen 2010 palsu...Sila rujuk post"syiling palsu"dalam label 50 sen.
Salam dan terima kasih...
owh terima kasih tuan
BalasPadamsy pengunjung setia blog ini..juga peminat syiling..pada pemerhatian saya untuk 50sen keluaran 2005 terdapat 5 versi setakat ini yg sya telah kumpulkan..ia dapat dibezakan dari jenis bunga raya yg digunakan. juga corak wau yang digunakan. beza pada wau dapat dilihat seperti yang tuan depankanta nyatakan diatas. dan sebagai tambahan, sila lihat pada hujung wau dan juga ekor wau pada kedua sisi wau.. disini juga ada perbezaan. dengan itu mungkin saudara menemukan 5 versi syiling 50sen seperti yang telah saya temukan..terima kasih atas blog yg penuh info.
BalasPadamSalam anonymous,
PadamTerima kasih kerana turut berkongsi bersama blog depankanta khususnya post ini.
Menarik sekali penemuan tuan itu,syiling 50 sen 2005 dgn jumlah tempaan 691,680,006 keping tentu banyak die yg digunakan.Agak istimewa syiling 2005 ini kerana terdapat juga semasa proses penempaan hanya die atas(hammer die)ditukar dan die bawah(anvil die)dikekalkan.Penemuan dan info dari tuan itu akan diteliti dan akan dikemaskini semula post ini..
Sekiranya tuan dapat emelkan foto dan sedikit nota berbezaan imej yg disebutkan itu akan lebih cepat dan mudah untuk diteliti..
Depankanta juga mengalu2kan jika ada penemuan variti pada keluaran tahun2 lain dan denominasi lain untuk perkongsian bersama..
Terima kasih banyak2 anonymous
Salam juga saudara depankanta..sebenarnya saya sedang mengkaji dan mengumpul variety syiling siri ke-2. variety yang telah saya temukan ada yang telah saya muatkan dalam blog saya. saudara dan teman peminat syiling lain boleh berkunjung ke blog saya di kakicoin.blogspot.com yang masih baru.. majulah numis untuk semua.tq
BalasPadamsalam depankanta,
BalasPadamentri depankanta ini merupakan informasi yang amat berguna sekali kepada para pengumpul dan ahli numis.......
banyak para pengumpul termasuklah saya sendiri hanya mengumpul duit syiling berdasarkan tahun sahaja tanpa mengetahui adanya variti tertentu pada tahun yang sama........
diharapkan para pengumpul akan lebih teliti lagi selepas ini dalam mengumpulkan tahun dan juga variti yang tertentu.....
terima kasih banyak2 depankanta......
Salam kembali darkartz,
BalasPadamSecara kebetulan dijumpai variti2 ini semasa membelek2 syiling 50 sen untuk memerhatikan error.Perkongsian info adalah kunci bidang numismatik.Sekiranya darkartz berminat utk melihat berbagai variti syiling siri bunga raya sila lawat:http://kakicoin.blogspot.com/
Kakicoin adalah pengumpul baru dari Sarawak yg sedang mengumpul variti berbagai denominasi syiling.Memang masih ramai pengumpul yg masih belum perasan tentang varia variti syiling2 Malaysia ini,harap darkartz cepat2 lengkapkan semua variti sementara syiling2 ini masih ada dalam edaran dan mudah diperolehi...
Terima kasih banyak2 darkartz...
Tqvm, informasi terbaik. Perlu dibukukan
BalasPadam