Rabu, 25 April 2012

10 SEN S3M STRUCK THROUGH

Struck  through error,filled die error dan lamination error kadang2 boleh mengelirukan antara satu sama lain.Bukan mudah untuk mengenal pasti dan mengesahkan kategori error berkenaan dgn hanya sekali pandang sahaja atau dgn hanya memerhatikan fotonya sahaja.

         Walaupun banyak laman web/blog dsb yg boleh kita perolehi maklumat tentang sesuatu error namun agak sukar dijumpai satu artikel yg menulis pengenalan sesuatu error secara khusus atau lebih spesifik,kebanyakannya hanya membicarakan secara umum dan yg lain terserah pada pemerhatian masing2.

        Jika kita layari laman2 web atau blog perbincangan tentang syiling error diperingkat antarabangsa kita akan dapat melihat betapa bidang syiling error merupakan hobi yg sangat menarik dan penuh dgn teka-teki.

     Sekeping syiling 10 sen s3M 2012 ini,bagi depankanta ianya dapat dikaitkan dgn ketiga2 error tersebut dan bila diperincikan satu persatu ianya adalah Struck through error.


            Melihat pada ciri2 ini ada persamaan dgn syiling lamination error ,namun bila diperhatikan kerosakan ini tidak pula melibatkan imej garis Rukun negara.Sekiranya lamination error tentu melibatkan kerosakan pada semua lapisan planchet syiling ini dan akan ada kesan spt disiat atau terkopek...

           Filled die pula biasanya dikaitkan dgn pemukaan die yg terdapat/terbentuk sesuatu menyebabkan imej,fields dan semua/sebahagian detailsnya akan terjejas.Biasanya "sesuatu"yg memenuhi ruang die itu adalah dalam bentuk habuk yg halus atau cecair yg cair atau pekat yg tentunya juga akan memenuhi semua ruang yg berhampiran.Sempadan antara bahagian permukaan yg rosak juga akan kelihatan lebih "mendatar".

     Akhirnya bagi pendapat depankanta, syiling ini dirumuskan sebagai struck through error iaitu "sesuatu "yg keras berada diatas planchet semasa proses penempaan berjalan lalu terbentuklah satu "kawah" kecil yg sukar diteka apakah "sesuatu" itu yg menghasilkan bentuk sebegini....


  Struck through error biasanya hanya akan terjadi pada satu permukaan syiling sahaja,pada bahagian belakang syiling s3M 2012 ini tiada kesan error......