Ahad, 17 Julai 2011

LATHE LINES SYILING 5 SEN 2010

Depankanta merakamkan jutaan terima kasih pada Ahli Numismatik Malaysia nucoins yg bersusah payah menjejaki bagaimana punca terjadinya syiling 5 sen 2010 concentric circles demi untuk kemajuan Numismatik Malaysia.Menurut beliau,2 spesimen yg depankanta pamirkan 5 sen 2010 dan 5 sen 2004 telah dirujuk pada pakar syiling error dari USA Ken Potter yg telah merujuk ke Kilang Mint Philadelpia untuk memastikan sebab-sebabnya.
    nucoins merumuskan "Bahawa keadaan lathe lines ini adalah kesan garisan yang tertinggal oleh mesin lathe semasa die blanks(ACUAN DIE dan bukan blank coin)di(lathemesin)kan/diperbuat dari rod keluli.
Acuan die kadang-kala tidak disempurnakan semasa proses pengilapan(polishing proses) dan proses pengehuban(hubbing process) seterusnya.Akibatnya garisan concentric negative yang tertinggal atas acuan die terus menjadi rekabentuk die dan menimbulkan garisan-garisan positive atas syiling".
   Secara ringkasnya kalau mengikut keterangan diatas depankanta dapat katakan syiling lathe lines terjadi pada peringkat pembuatan working die..Garis2 berpusar ini telah wujud pada permukaan die yg menempa syiling ini.
  
   Untuk tujuan perkongsian bersama depankanta pamirkan sekali lagi dua syiling berkenaan yg di ambil dari berbagai sudut.


                                      SYILING 5 SEN 2004 DAN 2010

                              Perhatikan garisan lathe lines
                             Garisan yang terbentuk adalah keadaan timbul (positive),berbanding dengan bahagian lain field yg tidak terjejas.

                             

                                 Bahagian muka 5 sen 2010


                     Bahagian muka 5 sen 2004
                    Bahagian belakang 2004
 Depankanta alu-alukan sekiranya ada pelawat yang mungkin juga miliki syiling begini untuk dikongsi bersama.