Sabtu, 6 Oktober 2012

SYAMPU AKAR BELURU

      Akar beluru atau juga dikenali dgn akar sintok mempunyai keistimewaan tersendiri dan telah banyak berjasa pada masyarakat Melayu Nusantara suatu masa dulu....Pokok yang mudah diperolehi dipinggir hutan tropikal ini kian pupus oleh kepesatan arus pembangunan.Sebelum ianya lenyap dan tidak lagi dikenali oleh generasi muda elok dipaparkan untuk perkongsian bersama.

     Masyarakat melayu nusantara sebelum kedatangan pedagang luar dari berbagai negara banyak bergantung kepada sumber dari  alam semulajadi bagi keperluan kehidupan seharian,walaupun mungkin terdapat berbagai barangan dipasaran pada masa itu ianya lebih digunakan oleh masyarakat yg tinggal dipekan.

     Barangan penjagaan diri spt ubat gigi,sabun,minyak rambut,syampu,wangian dll merupakan barang2 yang dianggap baru yang dibawa masuk bila kegiatan perdagangan dgn dunia luar bermula.Masyarakat melayu dulu tidak kurang menitikberatkan penjagaan diri,umpamanya bagi membersihkan gigi,mereka menggunakan arang dan garam.Bagi membersihkan rambut pula,akar beluru menjadi pilihan utama kerana sangat berkesan dan mudah diperolehi.

                   Beginilah akar beluru yang baru diperolehi dari pasar P.Mas,seikat ini hanya rm1

     Untuk menggunakannya dgn betul,ianya perlu direndam untuk seketika.....

           Akar beluru ini menjadi lembut bila direndam air dan akan mengeluarkan buih bila digosokkan di kepala atau badan.Kandungan akar ini tidak mengeluarkan apa2 bau dan berupaya untuk menyegarkan badan.

            Bagi menghilangkan kelemumur dan kotoran dikepala,biasanya akar beluru dicampurkan dgn limau purut..Akar beluru kini dilihat telah mula digunakan oleh pengusha SPA untuk berbagai rawatan di pusat2 kecantikan mereka dan mungkin suatu hari nanti Cik Mek Molek Duchess of Cambridge Kate Middleton akan mandi menggunakan akar beluru..hehe

            Tentu anda pernah lihat akar beluru yang berjuntai dipinggir2 hutan atau dalam belukar,walaupun biasa disebut akar sebenarnya ini adalah batang pokok beluru...Kanak2 suka bergayut ala Tarzan pada batang beluru begini...

      Zaman pengunaan akar beluru mungkin masih meluas dimasa wang kertas sen ini digunakan...Sebelum perang dunia ke2....

           Tempat mandi pada masa itu  juga bersesuaian kerana akar beluru boleh diperolehi berhampiran dgn sungai....

         Bagi masyarakat yg berjauhan dari sungai,telaga atau perigi menjadi punca air utama dan hampir setiap rumah akan ada dibina telaga,timba upih dan pokok pinang biasanya akan jadi pelengkap suasana tepi telaga.