Jumaat, 23 Disember 2011

SYILING BURUAN 2011





























SEBAGAI POST TERAKHIR UNTUK TAHUN 2011,DEPANKANTA PAMIRKAN SYILING HASIL BURUAN SEPANJANG TAHUN 2011 YG  MEMPUNYAI PREMIUM YG AGAK TINGGI BERBANDING NILAI MUKA.SYILING2 TERSEBUT MASIH BEREDAR KALANGAN ORANG RAMAI (kecuali 1 sen).NILAI SYILING2 INI DILIHAT AKAN MENINGKAT DARI TAHUN KE TAHUN BERDASARKAN PEMERHATIAN DEPANKANTA DARI BERBAGAI LAMAN WEB JUALAN @LELONGAN SYILING.
    BAGI DEPANKANTA SYILING2 INI ADALAH HASIL SAMPINGAN SEMASA MEMBURU SYILING2 ERROR.IANYA TERMASUK SYILING2 RARE,KEY-DATES DAN SYILING2 YG SANGGUP DIBAYAR MELEBIHI NILAI MUKA OLEH PEMINAT2 SYILING.
   MUNGKIN BANYAK LAGI YG TERTINGGAL.POST INI SEDIA DIKEMASKINI SEKIRANYA ADA PELAWAT YG INGIN MENAMBAH LAGI BAGI RUJUKAN BERSAMA.

  LELONGAN EBAY PADA 9.1.2012



           


   BERIKUT ADALAH HARGA SYILING2 KEYDATES YG DIAMBIL DARI LELONGAN EBAY MALAYSIA PADA 21.2.2012




                                       
ebay 2.4.2012


29 ulasan:

  1. Tahniah, depankanta :)

    BalasPadam
  2. Kerja seterusnya ialah ganti beransur-ansur denghan yang UNC/BU kecuali dengan 1 sen 1989,1990 dan 50 sen 1967!
    Semoga maju dalam numismatik!

    BalasPadam
  3. Salam depankanta,
    Betul tu saya setuju dengan depankanta, selain daripada melayan minat dan beroleh ilmu, hobi kita ini juga dapat mendatangkan pendapatan sampingan. Ramai di luar sana masih tak tahu itu!
    Terima kasih berkongsi.

    BalasPadam
  4. salam depankanta,
    lepas ni depankanta kena cari syiling keydate yang error pula......
    mesti ianya spesimen yang berharga sebab jarang ditemui......

    BalasPadam
  5. salam depankanta:
    Setiap kolektor sudah pasti ada perancangan masing2 bg memenuhi kepuasan hati. Tidak ketinggalan bg duacongkak yg turut mendapatkan koleksi seperti yg tuan tunjukkan.
    TQ dan selamat menyambut Tahun Baru.Moga 2012 lebih bermakna.

    BalasPadam
  6. Hi Whycollact,
    Apa yang membanggakan,semua penemuan ini adalah pada syiling dalam edaran cuma untuk mendapat syiling2 1 sen terpaksa kerja lebih sikit..hehe
    Terima kasih banyak2 whycollect..

    BalasPadam
  7. Hi Mr Dickson,
    Agak memeranjatkan bila syiling 50sen siri security edge UNC masih dapat ditemui.Memang benar kata Mr Dickson dulu syiling dari tabung biasanya masih dalam keadaan cantik.Depankanta banyak mendapat syiling UNC dari tabung kawan2 dan saudara-mara.
    Bagi depankanta yg banyak memburu syiling dalam edaran akan terus berusaha mencari syiling2 istimewa ini secara terus menerus...
    Terima kasih banyak2 Mr Dickson...

    BalasPadam
  8. Salam mnfaj,
    Tujuan dipamirkan syiling2 istimewa ini adalah untuk menarik perhatian pengumpul2 baru tentang beberapa kategori syiling bernilai tinggi yg masih baru dikeluarkan spt 20 sen 1994,50 sen 1995 dan 10 sen 2003.
    Masa semakin suntuk untuk kita memburu syiling2 ini sebelum ianya ditarik dari edaran.Agak istimewa selera pengumpul2 Malaysia,kadang2 syiling moden yg baru berumur 10 tahun lebih tinggi nilainya dari syiling klasik yg berumur hampir seratus tahun..
    Memang betul kata mnfaj,bagi depankanta yg lebih bertumpu pada syiling error,ini adalah hasil sampingan yg memberangsangkan...
    Terima kasih banyak2 mnfaj...

    BalasPadam
  9. Salam DarkArtz,
    Hasrat untuk mengumpul syiling key-dates error memang sentiasa ada namun agak sukar,maklumlah syiling2 begini pengeluarannya tidak banyak jadi kemungkinan untuk terjadi error agak tipis tapi ianya tetap ada sebagaimana yg dipamirkan oleh otai2 dan pakar2 numis kita...Sama2 kita tingkatkan pemburuan syiling2 istimewa ini..
    Terima kasih banyak2 darkArtz..

    BalasPadam
  10. Salam duacongkak,
    Bagi pengumpul konsep "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" adalah sangat berkaitan.Kita tidak boleh mengharap dengan syiling2 baki membeli untuk dapatkan syiling2 error dan keydates.Kadang2 kita kena korbankan sikit masa dan kos untuk menukar syiling2 ini dimana2 yg ada dengan jumlah yg banyak..
    Yg paling menarik pada syiling diatas adalah syiling 1 sen 1970 dan 1968.Kalau diperhatikan dalam ebay harganya begitu cepat meningkat.Mungkin dalam jangkamasa 10 tahun lagi harganya boleh cecah ratusan ringgit(ini ramalan depankanta saja,hehe)
    Terima kasih banyak2 duacongkak.Sama2 kita tingkatkan pencarian menjelang tahun baru 2012 dan syiling baru siri ke-3...

    BalasPadam
  11. wah terima kasih Depan Kanta tentang segala informasi tersebut, lebih lebih lagi bila syiling siri ke3 ini telah dikeluarkan maka yang lama pasti melonjak... terkesan... :)

    BalasPadam
  12. Salam iaryylr,
    Masa semakin suntuk,dapatkan sebanyak mungkin syiling2 BU/UNC terutama bagi siri Parlimen.Harganya pasti melonjak sebaik saja syiling2 ini di tarik dari edaran nanti..Tumpu pada syiling2 yg dikeluarkan dari tabung ayam yg lama kerana biasanya syiling yg tersimpan kekal dalam keadaan cantik.
    Terima kasih banyak2 iaryylr..

    BalasPadam
  13. ya depan kanta... ada yang tidak disangka menjadi buruan... lepas ini perlu lebih berhti hati...

    BalasPadam
  14. Terima kasih iaryyly,
    Sebenarnya semua syiling gred BU/UNC boleh disimpan.Bila Malaysia sudah ada 3 siri syiling moden dan pengumpul2 baru bertambah setiap hari,tentu mereka tercari2 syiling semua deno dan tahun keluaran utk dikumpul.Sekurang2nya sambil berkongsi dgn mereka kita juga dapat sikit keuntungan.
    "Selamat memburu syiling2 BU/UNC iaryylr"...

    BalasPadam
  15. berapa nilai satu sen tu boleh dijual ??

    BalasPadam
  16. Hi Anonymous,
    Harga bagi syiling 1 sen (dan lain2 syiling keydates)bergantung pada persetujuan bersama.Depankanta bukan pakar pasal premium syiling,berdasarkan pemerhatian pada ebay syiling 1 sen 1968 dan 1970 begitu cepat meningkat,dari rm15-20 sekeping pada awal tahun 2011 telah mencecah rm35-50 sekeping pada hujung tahun 2011.Itu pun kelihatan gred biasa saja.
    Pemerhatian juga mendapati semua syiling 1 sen Malaysia dalam gred BU/UNC telah ada permintaan dan harga bermula dari rm 1 sekeping.
    Terima kasih Anonymous semoga penerangan ringkas ini dapat membantu...

    BalasPadam
  17. kalau syiling 10 sen n 20 sen tahun 67.?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Anonymous,
      Sesetengah pengumpul ada meletakkan syiling2 keluaran 1967-1969 sebagai syiling keluaran pertama Malaysia yg istimewa dalam era 60an...

      Bagi syiling2 siri Parlimen 1967-1988 yang gred tinggi spt BU/UNC mempunyai nilainya tersendiri yg melebihi nilai muka hingga boleh mencecah puluhan RM sekeping...

      Terima kasih Anonymous...

      Padam
  18. salam..saya ada wang syiling 20sen 1978..berapa harga kalau dijual....?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali tuan,
      Bercakap mengenai harga syiling terpaksa menyentuh mengenai gred syiling berkenaan. Sukar untuk ditentukan secara mudah. Apa yang dapat dikongsi disini ialah mengikut pemerhatian, harga bagi gred sederhana ialah sekitar rm5-20. Bagi gred BU/UNC adalah lebih tinggi dan faktor masa juga akan menentukan harga syiling ini...Terima kasih

      Padam
  19. Salam tuan Depan Kata. Boleh saya tahu berapa harga untuk M'sia 2009 50S Die Variety Monster DDR #1 ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr Haslam,
      Walaupun syiling DDR 50sen 2009 dianggap monster oleh sesetengah pengumpul tetapi nampaknya harga yang biasa dilihat dalam jualan internet adalah sekitar rm50-70 sekeping dan pernah dijumpai dijual kurang dari harga itu...depankanta lebih suka nasihatkan rakan-rakan supaya menyimpan syiling2 DDV kerana mungkin harganya akan meningkat seiring perkembangan numismatik malaysia...terima kasih

      Padam
  20. salam sy ada syiling 1 sen malaya british borneo 1962,1 sen malaysia 1971,1977.1979,1990,1989, 5sen 1971..ada sesiapa yg berminat?

    BalasPadam
  21. informasi yang menarik tuan depan kata, saya juga sedang berusaha mengumpul kesemua siri duti syiling malaysia tetapi hanya yang dalam edaran sahaja dahulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sdr Nazrie, Teruskan mengumpul kerana hobi sains numismatik ini penuh dengan informasi dan sejarah juga merupakan pelaburan yang menguntungkan untuk jangka panjang...

      Padam
    2. sama2 tuan...betul tuan, sejarah merupakan faktor utama mendorong saya menceburi bidang numismatik ni sebab saya memang minat sejarah..huhuhu...dan juga sebagai pelaburan jangka masa panjang

      Padam
  22. slmt mlm,sya ingin tahu harga duit syiling 50sen ada belah siring thun 1967-1969 brapa hrganya Dan jga rm 1 ringgit syiling thun 1990 berapa hrganya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kerana melawat, harga syiling sangat bergantung kepada gred dan mintage syiling berkenaan. harga yang di bida oleh pembeli dalam ebay biasanya menjadi ukuran mudah untuk menilai harga syiling, biasa dilihat syiling 50sen 67 & 68 sekitar harga rm5 dan bagi 69 harga rm25..bagi rm 1ringgit 1990 pula sekitar rm5 bagi gred biasa...Terima kasih

      Padam
  23. salam tumpang tanye jika tak keberatan duit2 yang disebut diatas masih ada yang memburu ke? saja tanya sebab ada sebahagian dalam koleksi saya seperti 1ringgit-1990, 20sen-1978,10sen-1988,5sen-1977,1985, n 5sen-1982(xtra dot) ad berminat blh hubungi saya 0104190253 mie

    BalasPadam