Ahad, 1 Julai 2012

5 SEN 2005,MISALIGNED DIE (MAD) CLASH

     Syiling Malaysia juga dapat dijumpai berbagai kategori error.Selagi mesin dikilang syiling Malaysia masih mengunakan teknologi dan material yg sama dgn kilang2 lain seluruh dunia selagi itu kita akan menemui  spesimen syiling error yg sama.Keadaan ini memberi satu kemudahan kepada pengumpul dimana mereka dapat berkongsi maklumat dgn pengumpul lain hampir seluruh dunia.

       Misaligned die (MAD) clash merupakan satu spesimen yg belum kelihatan dipamirkan oleh mana2 blogger numis kita.Depankanta berpendapat syiling 5 sen tempaan 2005 mempunyai spesimen yg cukup ciri2nya bagi meletakkan syiling ini sebagai misaligned die clash error.
       
                Berlainan dari die clash biasa yg meninggalkan kesan pada bahagian tengah syiling,MAD clash error akan meninggalkan kesan pada bahagian tepi berhampiran rim.Biasanya melibatkan huruf atau angka.
                Error ini terjadi kerana semasa berlaku die clash kedudukan die (biasanya die atas) tidak seimbang dan senget menyebabkan imej bahagian tepi die atas (hammer die) terkesan pada die bawah (anvil die)..
                 Perhatikan imej ghostly huruf yg terjadi adalah sebahagian "BANK NEGARA"
                               

           Dipamirkan 4 keping syiling 5 sen 2005 yang terdapat kesan MAD clash....




                       Bila diteliti pada kesan yg ada pada syiling2 ini menampakkan imej ghostly yg sama....

                   Hingga kini hanya pada syiling 5sen 2005 yg dijumpai kesan ini...
Penerangan lengkap berkaitan Misaligned die clash dapat dilayari disini:
http://www.maddieclashes.com/Vertical_Misaliegned_Die_Clash__Conventional_.html