Isnin, 16 Julai 2012

ADA NILAI LAIN PADA SYILING DALAM POKET ANDA !

         Sebelum anda membelanjakan syiling yang ada dalam poket/simpanan anda elok diperiksa dulu nilai yang akan ditawarkan oleh pengumpul syiling!,nilai ini terus meningkat dari semasa kesemasa mengikut permintaan dan penawaran yg ada.

       Sekiranya anda mengambil keputusan mudah untuk membelanjakan syiling2 tu mengikut nilai muka,berapa lah sangat nilai syiling milik anda tu tapi sekiranya anda meluangkan sedikit masa untuk melihat berapa nilai yang akan diperolehi sekira terdapat syiling istimewa,anda mungkin terkejut dgn nilai yg sanggup dibayar oleh pengumpul2 syiling.

     Paparan untuk post ini adalah khusus mengenai syiling2 Malaysia istimewa yang berada dalam edaran yang mungkin berada dalam poket atau tabung ayam dibawah katil anda.


          Kategori Syiling pertama yang diidamkan oleh pengumpul ialah dalam kategori syiling2 rare yang diistilahkan sebagai keydate,syiling2 ini diburu lantaran pengeluarannya sedikit dan sukar diperolehi.Maklumat lanjut tentang syiling2 ini telah dipaparkan dalam post:http://depankanta.blogspot.com/2011/12/syiling-buruan-2011.html
                 
                Antara syiling2 yang sedikit keluarannya,pengumpul meletakkan nilainya melebihi nilai muka..Mungkin ianya ada dalam poket anda sekarang....
     
     
  Kategori kedua yang menjadi idaman pengumpul ialah syiling2 error dalam kategori yang rarity tinggi spt rotated die error 180 darjah,syiling varieti doubled die dan banyak lagi syiling2 error yg dalam kategori major error yg boleh dilihat dalam blog pengumpul syiling error.
                           Dipamirkan Spesimen 10 sen rotated die error dan 20 sen 2008 varieti doubled die,syiling error yg sukar diperolehi biasanya akan mendapat premium yg lebih dari pengumpul syiling error..Ada tak dalam poket anda?


          Kategori ketiga yang mungkin ada dalam simpanan anda ialah syiling2 yg bergred tinggi,biasanya pengumpul syiling akan memberi keutamaan pada tahap gred syiling sebelum mengumpulnya,sekiranya anda memiliki syiling2 yg masih belum terjejas iaitu dalam gred B/U atau UNC tentu ada pengumpul yg sanggup membayar dgn harga yg melebihi nilai muka..

                          Spesimen syiling 20 sen 1981 gred UNC....

      Banyak laman web atau blog yg dapat anda layari untuk mendapat maklumat lanjut tentang tajuk ini dan kesungguhan usaha anda akan mendedahkan pengetahuan anda kepada bidang sains Numismatik....