AlhamdulilLah,hari ini 23.12.2012 page views blog depankanta telah mencecah angka 100,000 dengan 404 posts, setelah hampir dua tahun usia depankanta.blogspot.com yang mengkhususkan perkongsian tentang syiling error.Bagi blogger Numismatik,angka ini adalah sangat memberangsangkan dan ini adalah hasil perkongsian kita semua.
Angka pada page views sebenarnya tidak membawa apa2 erti untuk tujuan populariti atau perlumbaan mencari publisiti tetapi bagi ahli numismatik khususnya peminat syiling errors,angka ini merupakan satu indicator penting bagi mengukur betapa minat orang ramai terhadap syiling error semakin meningkat.Keadaan ini dapat juga dilihat dalam blog rakan2 yg menunjukkan perkembangan yg sama.
Blog depankanta yang berkonsepkan perkongsian dan penerokaan bersama syiling error Malaysia mendapat maklum-balas yang baik dari rakan-rakan pengumpul.Walaupun depankanta masih jauh dari mencapai status Pakar tetapi pengunjung dapat menerimanya sebagai rakan perkongsian untuk bersama menerokai pemburuan syiling2 error yang dikira bidang yg masih baru di negara kita.
Post yang paling popular ialah SYILING BURUAN 2011 dengan 2057 page views dan 18 komen,diikuti dgn SYILING YASIN ADALAH SYILING YASIN dengan 1294 page views dan 24 komen.Ini menggambarkan pelawat berminat untuk mengetahui syiling2 yang mempunyai premium yg tinggi disamping terdapat juga pelawat yg berkunjung untuk mendapatkan penjelasan tentang kemuskilan berkaitan syiling numismatik dan dunia mistik.
Selain pengunjung Malaysia,Pelancung tanpa visa dari USA telah menjuarai kategori pelawat luar negara dengan 4030 page views dan diikuti oleh Rusia,Singapore,Indonesia,Italy dll... Pelawat dari USA adalah diagak merupakan kunjung balas dari admin beberapa laman web numis mereka yang sering dikunjungi oleh depankanta.Mungkin suatu hari nanti depankanta akan menerima komen dari mereka pula...
Bulan Julai 2012 merupakan bulan yang paling ramai menerima pengunjung dgn 13,092 page views,lonjakan yang tiba-tiba ini sukar untuk dianalisis..Jika diteliti pada carta dibawah menampakkan geraf yg semakin menaik menandakan meningkatnya jumlah pelawat syiling error dan ini sewajarnya dilihat satu perkembangan yg baik untuk numismatik Malaysia dan pihak BNM sewajarnya melihat perkembangan page views dalam berbagai blog syiling error bagi memberi galakan kepada rakyat Malaysia bagi memperkembangkan Sains Numismatik sesuai dengan Malaysia yang sedang menuju sebagai Negara Maju...
TERIMA KASIH SEMUA, TANPA KUNJUNGAN ANDA BLOG INI TIDAK MAMPU WALAU UNTUK MENARIK SEORANG PENGUNJUNG.......(sasaran seterusnya,500 posts)