Selasa, 9 Ogos 2011

FILLED DIE ERRORS? 1 SEN 2004 & 2006

Filled die errors biasanya akan meninggalkan kesan pada huruf,angka dan imej secara berselerak mengikut apa yang telah memenuhi die tersebut.
         Contohnya sekiranya die telah dimasuki minyak gris pada lekuk bunga raya,maka apabila die tersebut menempa syiling,hasilnya imej bunga raya pada syiling akan menjadi kabur pada tompokan yg terkena minyak gris itu.
       Dalam post ini depankanta ingin kongsi dua keping syiling 1 sen 2004 dan 2006 yg kelihatan seperti filled die error tapi ada beberapa kemuskilan tentang keadaan filled die pada syiling ini.

                                  Syiling 1 sen 2004,die chip error senang dijumpai....
                Pada bahagian mukanya didapati bahagian bawah rebana telah hilang tapi kaki rebana terang dan jelas kelihatan
                             Kaki rebana masih utuh tapi bahagian bawah rebana didapati tiada.
                       Syiling 1 sen 2006,mengalami nasib yg sama.....