Sabtu, 2 Julai 2011

RIADAH DAN SANTAI HUJUNG MINGGU

Menjadi kelaziman depankanta setelah saban hari sibuk dengan tugas seharian dan menilik syiling2 error,pada hujung minggu digunakan untuk sedikit aktiviti riadah dan menghirup udara bersih sambil menikmati pemandangan permai dikampung2....

             Sebuah perkampungan yang indah permai..dikelilingi sawah padi menghijau

 Begini lah rupanya anak padi ditapak semaian..ini lah asalnya nasi yang kita suap....

 Semaian padi yang diikat untuk memudahkan kerja2 mengangkut dan menanam (setiap seikat dipanggil se uting)

Masih ada yang menanam padi secara manual yg di panggil "cedung" padi...
 Anak padi yang siap ditanam secara cedung...

Di sudut lain,kanak2 riang bermain di tali air.....

Dan disini lah pada petang Jumaat lalu,depankanta dengan seorang kawan beriadah menjala ikan air tawar (ikan darat) bersama seorang kawan dan disertai anak2nya....
 Sedang beraksi....teknik dan gaya kena betul...
 Senyum seorang bekas jaguh Negara.Kawan depankanta Wan Adnan Wan Isa adalah bekas wakil negara dalam seni silat olahraga.Kejohanan terakhir yg disertainya adalah SEA GAMES 1997 di Jakarta...Bila ditanya ada tak duit luar negara yang disimpan dia jawab selamba "tak dok,abe.."....

Kena cuba juga.Mana tau kot2 ada syiling error dalam taliair ni....hahaha

Ini lah pemandangan hujung kampung Kubang Bemban,Pasir Mas.Di Taliair inilah tempat depankanta bersama rakan2 sebaya bermain di zaman kanak2 dulu....sekarang kanak2 main bot,dulu depankanta pakai rakit batang pisang jer...hehehe