Selasa, 18 Februari 2014

1 RINGGIT 1995 PALSU-BUKTI YANG SEMPURNA

          Syiling Malaysia 1 ringgit palsu tidak menjadi topik hangat yang diperbincangkan oleh masyarakat kerana kehadirannya tidak begitu menganggu urusan seharian, samada mesin atau mata orang ramai telah dapat menerima kehadiran syiling palsu ini seadanya lantaran kelicikan pembuatnya yang berjaya menciplak hampir keseluruhan proses pembuatannya.

          Tidak banyak panduan pengenalan syiling palsu ini yang diberi pihak berkuasa samada pihak Polis atau Bank Negara walaupun telah ada tangkapan dibuat tehadap jenayah ini. Pakat-pakar numismatik adalah antara mereka yang terdahulu dapat mengesan kehadiran syiling palsu ini kerana mereka sangat sensitif tentang sebarang perubahan pada setiap syiling.

          Sekeping syiling 1 ringgit palsu 1995 yang tiba ke tangan depankanta telah dapat menceritakan bagaimana proses pembuatan syiling palsu adalah menyamai pembuatan syiling tulin bermula dari pembuatan working die.

                          Syiling palsu 1 ringgit 1995      

                  Bahagian muka

Kesan die clash seperti ini juga pernah dijumpai pada syiling 50sen palsu. Penemuan die clash error pada syiling palsu membuktikan proses pembuatan syiling palsu Malaysia adalah melalui proses penempaan (striking) bukan dibuat secara acuan tuang (casting).

              Pembentukan imej berganda (doubled die) pada syiling ini telah menjadi bukti yang jelas working Die untuk menempa syiling palsu ini juga telah melalui proses multiple squeeze iaitu satu proses rumit dengan kemudahan dan peralatan yang serba lengkap. Proses annealing dan hubbing merupakan proses yang memerlukan kepakaran yang tinggi. Bila Die syiling palsu dibuat dengan proses multiple squeeze bererti pembuat syiling palsu memang bermaksud untuk membuatnya supaya berkualiti dan dalam jumlah yang banyak.

              Gandaan imej pada perkataan BANK tidak jelas kesan dari proses tekanan pertama yang kurang sempurna semasa proses hubbing.

          Kehadiran garis-garis halus pada permukaan syiling ini dipercayai adalah kesan PMD


pada angka "19" jelas wujudnya gandaan imej (Doubled die). Pembentukan dua imej "19" sebanyak dua kali ini adalah hasil dari proses hubbing yang dibuat sebanyak dua kali bagi menguat dan menajamkan pembentukan imej pada syiling. Kegagalan pelarasan working hub keatas working die menyebabkan terjadi gandaan imej ini. 

Berat syiling palsu ini adalah 9.82 gram,iaitu melebihi berat biasa spesifikasi syiling tulin iaitu 9.35gm. dengan kandungan aloi, tembaga,zink dan timah. Syiling palsu ini disyaki diperbuat hanya dengan menggunakan satu logam sahaja 

  Kewujudan die clash error dan Doubled die pada syiling 1 ringgit palsu ini menjadi bukti yang sempurna bagi menjelaskan bagaimana ianya dirancang dengan teliti dan dibuat dengan menggunakan teknologi yang hampir sama dengan pembuatan syiling tulin bukan dibuat hanya di belakang rumah.

         SYILING ISTIMEWA INI ADALAH KOLEKSI SDR ZAIRUL FAZWAN ZAINORDIN DARI K.TERENGGANU. SEKALUNG TAHNIAH DAN JUTAAN TERIMA KASIH UNTUK BELIAU ATAS PERKONGSIAN INI