Sabtu, 13 Oktober 2012

DIE TRIAL STRIKES

          Die trial strikes juga dikenali dgn weak strike merupakan syiling2 yang tidak sepatutnya berada dalam edaran lantaran kualitinya yang tidak memuaskan.Syiling2 ini sebenarnya dalam proses percubaan pihak juruteknik kilang untuk mendapatkan setting yg betul bagi meneruskan proses penempaan syiling.Dalam post terdahulu depankanta telah berkongsi beberapa denominasi syiling siri bunga raya yang jelas menunjukkan die trial strikes samada ianya terlebih kekuatan semasa proses menempa atau terkurang kekuatan....

          Syiling 20 sen 2005 yang dijumpai ini telah menarik perhatian untuk dikongsi bersama pelawat kerana keadaan yg terjadi pada permukaan syiling jelas dapat dilihat perbezaan kesan tempaan.

                 Bahagian belakang syiling 20 sen Die trial strikes...

              Bahagian muka.....

                bahagian tengah syiling menampakkan imej yg jelas dgn tempaan yg hampir sempurna sementara disekitarnya yang mengarah kepada rim menghasilkan imej yg pudar..Kekuatan tempaan tidak sampai untuk membentuk imej yg sempurna

               Pada bahagian muka syiling juga kelihatan sama kerana kelemahan hentakan hammer die akan turut menjejaskan kedua permukaan syiling....

                Dua keping syiling 20 sen 2005 yang terlepas kedalam edaran.....
             Mengikut prosedur pengilangan syiling,die trial strikes atau weak strike begini dilupuskan dan dikitar semula kerana ianya seolah2 menggambarkan kelemahan dalam pembuatan syiling.Bila ianya berada ditangan pengumpul syiling error adalah merupakan penemuan yg menarik.....