Jumaat, 27 April 2012

MILLED EDGE ERROR

 Tertarik dgn apa yg dipamirkan oleh seorang pengumpul baru dari Sarawak iaitu kakicoin.blogspot.com,satu penemuan yg agak istimewa dapat disimpulkan keatas syiling error Malaysia.Biasanya perubahan yg dijumpai pada sisi syiling dikaitkan dgn variti die.Namun bila diteliti semula berdasarkan penemuan dari yg dipamirkan juga oleh rakan2 blogger numis yg lain,didapati sisi (edge)syiling juga turut menyumbang pada syiling error.
        Milled edge,mengikut catatan numismatik direkabentuk untuk mengelakkan syiling dari rosak kerana  terpotong atau terserpih pada sisinya (clipped),Berbagai rekabentuk dapat ditemui pada sisi syiling yg juga dibuat untuk mengelakkannya dari pemalsuan.Yg paling popular rekabentuknya adalah reeded edge yg menjadi bentuk kebiasaan pada syiling2 moden.Ianya ditempa oleh die ketiga atau collar die.

 Dua keping syiling 10 sen 2010 ini merupakan contoh tentang wujud error dalam pembikinan sisi syiling.

                         Syiling dgn milled edge error(kiri)dan syiling biasa (kanan),jelas menunjukkan perbezaan pada saiz alur gerigi (reeded) sisi kedua syiling ini.


        Gerigi pada sisinya(reeded edge) menjadi kecil akibat ditempa dua kali...

           Sekiranya diteliti pada saiz gerigi menampakkan terdapat perubahan yg terjadi,pada bahagian bawah foto syiling ini kelihatan gerigi yg halus dan pada bahagian atas saiznya adalah biasa dan terdapat kesan tempaan berganda yg kurang jelas..Perubahan ini menjadi alasan pada depankanta untuk mensabitkan syiling ini sebagai syiling error yg termasuk dalam kategori striking error pada sisinya.
Selain syiling 10 sen siri bunga raya,fenomena ini juga dikesan terjadi pada syiling 5 sen siri ke2 ini....