Ahad, 6 November 2011

SYILING KERIS PALSU,VARIETY ERROR

Dua Variti pada permukaan syiling keris tulin hanya dibuat pada tahun 1993 melibatkan perubahan pada logo "$" digantikan dengan perkataan"RINGGIT"sesuai dgn penggunaan perkataan RINGGIT MALAYSIA( RM) yg mula diperkenalkan khusus bagi wang ringgit Malaysia.
       Berasaskan info dari Mr Dickson Niew seorang pakar syiling error & palsu Malaysia tentang wujudnya syiling palsu keris 1992 yg tertera tulisan "RINGGIT",depankanta cuba merisik dari kawan2 yg pulang beraya dikampung .Setelah sekian lama mencari akhirnya seorang kawan,WAN ZURAIDI WAN ABD AZIZ setuju untuk meminjamkan sekeping syiling keris 1992 "RINGGIT"untuk tujuan perkongsian,menurutnya beliau tidak menyangka syiling ini adalah palsu sebaliknya menyimpan sebagai syiling biasa yg istimewa..
      Depankanta terangkan dgn panjang lebar ciri2 palsu yg ada pada syiling ini,beliau akhirnya bersetuju untuk meminjamkan syiling ini tapi tidak bersedia untuk menjualnya kerana dalam 250 keping koleksi syiling kerisnya,hanya sekeping dijumpai syiling begini...

                            Syiling keris palsu 1992 dengan variti "RINGGIT"

                                Bahagian Muka syiling palsu 1992

                                Pada sisi (edge) dan ketebalan syiling ini adalah ciri2 biasa...

    Perbezaan syiling palsu dgn syiling tulin 1992,beberapa ciri2 palsu dapat dikesan bila digandingkan begini.

           Pada angka "92" paling ketara ciri2 palsunya iaitu angka "2" didapati lebih "tinggi'saiznya berbanding angka"9"..Berbanding syiling tulin dan syiling palsu 1992 yg tulisannya agak sempurna.depankanta berpendapat syiling ini dibuat oleh entiti yg berlainan dari pembuat syiling palsu 1992 "$"
JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SDR WAN ZURAIDI UNTUK PERKONGSIAN INI...
"terima kasih daun keladi.Ada lagi,kongsi lagi"....hehe