Isnin, 11 Jun 2012

10 SEN S3M FILLED DIE

   Filled die error merupakan antara  kategori yang tidak begitu sukar  dijumpai pada syiling error Malaysia terutamanya pada siri bunga raya.Mengumpul syiling filled die error menjadi lebih menarik jika melibatkan sebahagian imej,angka atau huruf tertentu yg hilang dari permukaan syiling.

    Banyak elemen asing yg boleh dikaitkan dgn filled die ini spt,gris,minyak,gas,air,tisu,kertas.kain,plak dll yang melekat  pada permukaan die semasa proses penempaan.Jika dianalisis pada logiknya memang perkara sebegini boleh berlaku walaupun prosedur yg ketat telah dibuat oleh pihak kilang untuk proses penyilingan.Benda2 ini boleh berada sekitar kawasan mesin itu samada dari mesin itu sendiri atau dari badan pekerja yg mengendalikan mesin2 penyilingan.

    Gris adalah merupakan  faktor yg paling popular dikaitkan dgn kejadian filled die error,mengikut pendapat depankanta permukaan die sentiasa disapukan dgn gris atau pelincir yg agak kurang kelikatannya supaya tidak menggangu ketajaman rekabentuk permukaan syiling.Namun kesilapan tetap berlaku dan gris yang disapu tidak rata dan menebal pada tempat tertentu.

       Syiling 10 sen  2012 s3M yang ditemui ini agak ketara dgn angka"2" pada 2012 telah hilang dari permukaan syiling.Nampaknya error spt ini sukar dielakkan kerana permukaan die memang perlu sentiasa disapu gris/pelincir bertujuan untuk melicinkan proses penempaan disamping untuk menjaga ketahanan die...
   

             Bila dilihat secara teliti,gris yg berada pada die adalah tidak serata dan bertompok tebal pada bahagian tertentu hingga menenggelamkan angka"2"pada permukaan die...Perhatikan warna kunig yg dikira kawasan yg terkena gris...

  Pemerhatian secara keseluruhan permukaan bahagian belakang syiling ini mendapati imej lain tidak terjejas.


         Syiling 50 sen siri bunga raya ini merupakan spesimen yg menarik berkaitan filled die error...

         Satu lagi syiling 50 sen siri bunga raya yg mempunyai kesan yg hampir sama....

     Kesan yg terjadi pada syiling 5 sen dan 50 sen siri bunga raya ini agak berlainan,ianya adalah disebabkan sesuatu yg lebih keras kerana hanya melibatkan bahagian tangkai stigma sahaja...Jika ianya kesan gris atau cecair akan turut menjejaskan kawasan sekitar stigma ini....
Pendapat tentang apa objek atau elemen asing yg berada pada die masih menjadi perbahasan dan sekiranya pelawat ada pendapat tersendiri dgn alasan yg logik adalah dialu2kan untuk memberi komen.....