Khamis, 23 Februari 2012

MINOR ERRORS DARI SINGAPURA

Beberapa kategori error penting dilihat samada terjadi minor atau major error,namun penemuan minor error bukan bererti error berkenaan sampai disitu sahaja.Beberapa jenis minor error lama kelamaan akan menjadi major error sekiranya pihak kilang membiarkannya.

              Penemuan minor error pada syiling keluaran tahun tertentu memungkinkan kita akan menemui major error yg ditempa dalam batch yg sama.Untuk post hari ini dipamirkan penemuan minor error pada syiling 5 sen Singapura.

                 Ciri-ciri Finned rim @ finned edge kelihatan pada syiling Singapura keluaran tahun 2005 ini.

                Lebihan logam hujung rim agak ketara dan dapat dirasai pada hujung jari...

  Syiling 5 sen 1989 ini pula terdapat ciri-ciri broadstrike error dimana rimnya menjadi leper dan lebar hampir menyamai ketinggian huruf dan imej yang ada pada permukaan.


                          Ciri-ciri broadstrike ini didapati terjadi pada kedua permukaan syiling

Penemuan kedua minor errors ini adalah satu permulaan untuk menemui error yg  lebih major bagi syiling keluaran batch yg sama.