Jumaat, 23 November 2012

DDO 10 SEN 2010,1 BUAH CONGKAK JADI BUKTI

              Syiling denominasi 10 sen siri bunga raya hampir menjadi juara bagi DDV syiling Malaysia.Mengikut pemerhatian depankanta syiling 10 sen bagi tahun 2007 sahaja terdapat lebih dari 2 varieti DDO selain DDR..
              Bagi memeriahkan lagi pengumpulan berbagai varieti DD syiling Malaysia,dipamirkan penemuan syiling 10 sen 2010 yg dikira memenuhi ciri-ciri Varieti Doubled die tulin.

                            Bahagian muka syiling 10 sen 2010 siri bunga raya....Doubled Die Obverse

                Bahagian belakang syiling tiada apa2 kesan error....

               Ciri2 DDO dapat dilihat pada imej congkak dan tikar......

            Walaupun depankanta belum mampu untuk analisis kelas bagi syiling2 DDV tapi dengan sedikit pengetahuan ciri2 DDV tulin dapat membantu mengenali DD syiling ini.
              Panah merah menunjukkan dua biji buah congkak (sepatutnya satu sahaja pada lubang ini),ini adalah petanda utama yg membuktikan acuan yg menempa syiling ini telah terjadi pertindihan imej.Sebiji buah congkak yg berlebihan adalah hasil tekanan kedua working hub keatas working die syiling ini.Ciri2 ini tidak akan terjadi pada MDD kerana kesan seret MDD jadikan semua details akan rosak dan menjadi leper sahaja....
              Panah kuning menunjukkan garis pemisah antara acuan berganda ini adalah jelas,kesan ini tiada pada syiling DDD dan pada syiling MDD kesan ini tidak wujud secara jelas.
      Semoga rakan pengumpul terutamanya peminat DDV juga akan menemui syiling DDO 2010 batch ini bagi menjelas dan mengesahkan DDV ini.