Jumaat, 21 Oktober 2011

TUMBLED VS SYILING ERROR

Istilah "tumbled coins" biasanya merujuk kepada syiling yg mengalami perubahan disebabkan berlaku putaran kuat samada dengan sengaja atau tidak sengaja.
      Biasanya syiling Malaysia yg ditemui adalah syiling tumbled yg terjadi dengan tidak sengaja iaitu syiling berkenaan termasuk kedalam mesin cuci pakaian atau mesin pengering pakaian.Bagi sesetengah pengumpul luar negara,mereka menggunakan tumbling machine untuk mencuci kotoran pada syiling tertentu.Kaedah ini tidak digalakkan oleh numismatik.
     Banyak ditemui syiling tumbled ini dalam edaran,ianya sering mengelirukan pengumpul,terutamanya dalam kategori struck through grease error kerana keadaan syiling yg terjadi kelihatan hampir sama.

                              Syiling struck through grease error ini terjadi disebabkan kehadiran minyak gris pada permukaan die menyebabkan tempaan yg dibuat oleh die berkenaan menghasilkan permukaan yg mengerutu pada permukaan syiling.Perhatikan pada bangunan Parlimen juga ada kesan die yg terkena gris sementara imej bulan dan bintang tidak terjejas kerana gris hanya berada pada permukaan rata die,tidak masuk kedalam imej negative pada die.

                           Syiling tumbled 20 sen 1988    dan      syiling struck through grease 20 sen 1973

                       Pada bahagian muka kedua syiling ini dapat dibezakan bila diperhatikan kesan yg terjadi

                       Paling ketara ialah syiling tumbled akan hilang milled edgenya dan menjadi hampir "botak" akibat putaran dan terkena objek spt dinding atau instrumen mesin cuci pakaian.
                       Syiling struck through grease masih elok milled edgenya kerana minyak gris hanya ada pada die atas dan die bawah.
    

NOT TANPA SILVER SECURITY THREAD

Sekeping not rm 10 menarik perhatian bila didapati TIADA silver security thread yg sepatutnya menjadi salah satu ciri2 keselamatan wang kertas ini.
    Memandangkan depankanta sangat kurang pengetahuan tentang wang kertas,mungkin pelawat boleh bersama kongsi pengalaman...
                                          wang kertas rm 10.Tiada tanda2 wang palsu..semuanya kelihatan okey,cuma penggunaanya agak lasak sikit.Tempat security thread hanya ada bekas kosong berwarna putih.

                                      Prefix MK....

                                        Tiada tanda2 kesan ciri-ciri keselamatan itu disiat atau dibuang...

                                         Water mark pada wang kertas ini jelas seperti wang kertas biasa...

Adakah wang kertas  ini satu error atau ada sebab lain yg lebih munasabah,......