Syiling doubled die merupakan pelupor kepada syiling2 error dan varieti.Sebelum penemuan syiling DDO LINCOLN CENT 1955 Koleksi para numismatis hanya bertumpu kepada syiling2 klasik dan koleksi yg sukar dijumpai.Dengan penemuan syiling 1 sen DDO pada tahun 1955 telah menempa sejarah dan menimbulkan minat baru dikalangan ahli2 numismatik,mereka mula memperbagaikan koleksi dengan syiling2 error dan varieti.
Pada awal penemuan syiling error,kalangan ahli2 numismatik USA telah berbelah bagi samada untuk menganggap syiling2 error sebagai koleksi istimewa yg kolektibal atau melupakannya sahaja.Kelab2 peminat syiling error mula ditubuhkan dan pada tahun 1983 bila
Combined Organizations of Numismatic Error Collectors of America (CONECA).ditubuhkan,syiling2 error mula diberi perhatian oleh pakar numismatik.Bermula dari penubuhan CONECA ini syiling2 error telah mula mendapat premium yg tinggi, hari ini ianya boleh mencecah ribuan USD bagi sekeping syiling error yg dilelong...
Kita di Malaysia masih belum terlambat untuk menyertai ahli2 numismatik antarabangsa dalam mempergiatkan bidang syiling error..Dgn pendedahan yg aktif baru sekitar tahun 1980an diperingkat antarabangsa tentu masih banyak yg dapat kita meyumbang untuk perkongsian maklumat dan pengetahuan berkaitan syiling error.Tinjauan dalam laman2 web syiling error antarabangsa mendapati banyak juga syiling2 error dari Malaysia yg dijadikan spesimen untuk kajian..Tentu kita yg berada di disini lebih layak untuk mengkaji syiling2 kita sendiri.
Setelah beberapa tahun pencarian,depankanta sempat kumpulkan beberapa spesimen syiling Malaysia varieti Doubled Dies.Varieti DD ini semakin diberi perhatian oleh pengumpul2 Malaysia memandangkan semakin hari semakin sukar untuk menemuinya sedangkan minat orang ramai terhadap bidang numismatik semakin meningkat.
DDR 5 SEN 1976
DDO 5 SEN 1977
DDR 1 SEN 1980
DDO 1 SEN 2004
DDO 10 SEN 2007 V1
DDO 10 SEN 2007 V2
DDO 10 SEN 2007 V3
DDO 5 SEN 2009
DDR 5 SEN 2008
DDO 50 SEN 1984
DDR 50 SEN 2009
DDR 20 SEN 2008
DDR 5 SEN 2009
DDR S3M 10 SEN 2012 (?)
Antara koleksi syiling2 Malaysia Doubled Dies yg sempat depankanta kumpulkan.Tentu masih ada spesimen DD syiling Malaysia bagi ketiga2 siri yg masih belum dijumpai dan menunggu kita semua menyelongkar syiling yg ada dalam edaran ......
Premium syiling error pertama Lincoln cent 1955 yg dikenali dgn nama "King of errors"ini pada tahun 1960 harganya dijual sekitar 1 USD sahaja sekeping....Hari ini ianya telah mencecah 3.000 USD sekeping..Lelongan terkini di Ebay telah dibuka dgn harga 2,325 USD atau RM7,092.
Adakah Premium bagi syiling2 error Malaysia juga akan terus meningkat begini?........
Salam Tn.Depan kanta. menarik sungguh koleksi DD yang dipaparkan. Terima kasih
BalasPadamSalam kembali Aisyah Nabila,
PadamSyiling DD merupakan kegemaran pengumpul syiling error antarabangsa,mungkin suatu hari nanti mereka akan memburu syiling2 DD Malaysia spt ini untuk melengkapkan koleksi mereka..Selamat mengumpul dan terima kasih....
Salam saudara depankanta,
BalasPadamMenarik sekali entri kali ini - nakkan pula berkenaan variti DD yang saya sendiri akui makin lama mengumpul makin seronok pula. Semakin hari semakin banyak jenis variti DD yang ditemui dan saya rasa kita bertuah kerana kebanyakkan besar variti DD syiling Malaysia adalah major - yang kerap digelar di US sebagai "monster". Saya menerusi rangkaian pengumpul berjaya menjumpai beberapa lagi variti DD baru yang saya sendiri geram sebab masih belum menjumpainya - antaranya 1 sen 1980 DDR, $1 1993 DDO. Hehe... nanti ada masa saya akan paparkan dalam blog saya agar mudah kita semua untuk terus memburu, terutama saudara depankanta yang saya lihat cukup hebat menarik syiling DD ni serah diri dengan sendirinya. Ada guna ubat pengasihkah? :)
Selamat mengumpul dan sama-sama memeriahkan suasana siber numismatik!
Salam kembali sdr mnfaj,
PadamSyiling DD ada sejarahnya tersendiri sebagai peneroka pertama kepada syiling2 error yg lain,sewajarnya ia dihargai dan dijadikan koleksi muka depan dalam album syiling2 error..Keseronokan ini lebih bermakna lagi jika dapat dikongsi sama dgn pengumpul2 baru yg masih tercari2 rujukan bagi mengenal pasti kategori syiling2 error..
Memandangkan bidang syiling error ini masih baru dan semakin bergerak aktif di Malaysia,perkongsian maklumat antara kita sangat penting.Setiap penemuan baru sewajarnya diberi perhatian dan direkodkan,ini akan memudahkan semua pengumpul untuk jadikan rujukan yg berterusan..
DDR 1 SEN 1980 DAN DDO $1 1993!!!,nampaknya kena beli kanta baru ni!..haha,harap mnfaj cepat2 pamirkan kedua penemuan menarik ini untuk perkongsian bersama..(yg 1 sen 1980 rasanya macam ada!)
Tentang ubat pengasih tu mudah jer,semuanya sentiasa terikat dgn hukum statistik dan kebarangkalian.Makin banyak populasi makin tinggi kebarangkalian untuk mendapatkan sampel...Secara mudahnya kita tidak boleh mengharapkan penemuan berbagai kategori error hanya dgn mencarinya dalam segenggam syiling.Kita kena dapatkan setempayan syiling baru berbagai error akan menjelma...haha
Terima kasih kembali sdr mnfaj,sama-sama kita terokai dunia syiling error dan berkongsinya di alam siber....
saya ada syiling 50 sen 2001..no `2` dan huruf `s` tidak kelihatan. Lagi satu duit 20 sen 2005..perkataan SEN tidak ada..tolong jelaskan...
BalasPadamSecara mudahnya boleh dikatakan syiling tuan ini adalah dalam kategori "filled die error"iaitu huruf2 yg hilang itu adalah disebabkan lurah huruf pada die telah dimasuki sesuatu spt minyak gris dsb,untuk kepastian sebenar perlu ditelitikan ciri2 kerosakan imej yg ada pada syiling tuan ini secara lebih terperinci...Keadaan spt demikian juga boleh terjadi disebabkan terkena sesuatu diluar kilang atau post mint damage(PMD)..Harap sedikit penjelasan ini dapat membantu tuan..Terima kasih
Padamterimakasih atas penjelasan tuan..syiling ini pasti ada nilai tersendiri..sekiranya ada kemusykilan saya akan rujuk kembali..bye
BalasPadamTerima kasih kembali tuan....
PadamSalam saudara Depankanta,
BalasPadamSaya nampak Collar Clash pada 10 sen 2012!
Namun begitu,koleksi 'Doubled Die' yang sangat cantik...
Terima kasih kerana berkongsi..
Salam kembali sdr Afiq,
PadamTerima kasih,penumpuan yg menyeluruh oleh sdr Afiq telah membantu menambahkan lagi keperbagaian error pada syiling 10 sen 2012 itu.Collar clash agak ketara terjadi pada syiling2 s3M dan mungkin akan menjadi error popular pada syiling2 siri ke3 Malaysia..
Bagi varieti DD syiling 10 sen 2012 masih belum disahkan oleh pakar2 DD kita,depankanta pamirkan disini bertujuan untuk berkongsi agar rakan2 lain juga turut memiliki dan meneliti ciri2nya...
Terima kasih banyak sdr Afiq...
Salam kini 20 sen double die error makin sukar ditemui
BalasPadam5sen
BalasPadam