Ahad, 17 Mac 2013

ACUAN BERGANDA KELAS III (DESIGN HUB DOUBLING)

       Acuan berganda kelas III atau Doubled dies class III (Design hub doubling) adalah ringkas untuk difahami bagaimana ianya terjadi tetapi sukar untuk memastikan sesuatu syiling DDV itu dikategorikan pada kelas ini.

      DD kelas III terjadi bila dua working hub yang berlainan rekabentuk (design) telah digunakan semasa proses pengehuban (hubbing process). Bila berlainan rekabentuk imej yang digunakan untuk menghasilkan satu imej tentu akan terjadi pertindihan yang tidak tepat dan akan terdapat beberapa bahagian imej yang terlebih yang menghasilkan imej berganda.

      Syiling Malaysia, sebagaimana syiling dari negara lain terdapat beberapa pindaan dibuat keatas sebahagian rekabentuk  imej untuk tahun yang sama yang menghasilkan die variety. Semasa proses pengehuban terdapat "ruang dan peluang" antara proses tekanan pertama dan kedua yang memungkinkan petugas menggunakan dua working hub yang berlainan tanpa disedari. Pada tekanan pertama digunakan working hub A dan pada tekanan kedua digunakan pula working hub B..

    Keterangan lakaran dibawah:

          Lakaran 1, Working hub dengan design A yang menghasilkan varieti 1,tekanan kedua digunakan rekabentuk ini.

         Lakaran 2, Working hub kedua dengan sedikit pindaan telah dibuat pada reka bentuk pada bahagian kepala untuk working hub B ini.yang menghasilkan varieti 2. Tekanan pertama dibuat menggunakan hub ini.

         Lakaran 3. Apabila proses pengehuban dilakukan, tekanan pertama digunakan working hub B (merah) dan tekanan kedua digunakan pula working hub A (kuning)..Bahagian imej yang berbeza akan menampakkan pergandaan..Design hub doubling....

   



       Lakaran diatas adalah hipotesis gambaran bagaimana design hub doubling terjadi pada syiling DDO 10 sen 2008.

           Bahagian lain syiling DDO ini tidak terjejas tetapi pada kepala congkak kelihatan gandaan imej yang sangat ketara. Hipotesis depankanta keadaan ini adalah disebabkan dua rekabentuk kepala congkak yang ada....

        Design 1,kepala congkak berada lebih kekanan (kepenjuru) tikar berbanding design 2... Kedua design ini masih menggunakan kedudukan tikar yang sama dengan kedudukan kepala congkak sedikit kebawah pada design 2..Penelitian yang sangat teliti diperlukan bagi mencari syiling-syiling yang ditempa oleh kedua design ini yang lebih dikenali dengan die variety....

             Adakah syiling DDO 1 sen 2004 ini juga mewakili kelas yang sama?................