Selasa, 25 Disember 2012

PENCERAHAN SYILING YANG BERBENTUK NEGATIF

              Syiling untuk kegunaan umum biasanya tidak dibuat dengan rekabentuk negatif pada permukaannya,salah satu sebab adalah ruang negatif syiling berkenaan mudah dimasuki kotoran dan tidak praktikal untuk disimpan selain faktor ketahanan die.

            Pernah depankanta pamirkan syiling Malaysia 5 sen 2010 dan 50 sen 2003 yg terdapat ciri2 negative pada sebahagian huruf dan imej bunga raya.Keadaan ini telah menimbulkan berbagai persoalan dikalangan penganalisis syiling error.Pada awalnya depankanta cuba mengaitkan dgn suhu semasa proses penempaan, ternyata ianya bukan faktor yg menyebabkan terjadi demikian kerana syiling ditempa dalam suhu bilik biasa.

           Sebelum menutup tirai tahun 2012,depankanta melihat kembali post berkenaan dan timbul idea untuk berkongsi dgn pelawat satu hipotesis bagaimana keadaan yg membolehkan sebahagian huruf dan imej yg menampilkan corak negatif.

       Syiling 5 sen 2010,kelihatan dgn jelas sebahagian huruf yg berhampiran rim adalah negatif.



               Bagi pencerahan berkaitan fenomena ini depankanta cuba berkongsi hipotesis berikut:

                    Gambarajah 1: Proses penempaan yg sempurna,permukaan die yg berbentuk negatif telah membentuk imej yg positif pada permukaan syiling.

                   Gambarajah 2: Akibat proses penempaan yg berterusan telah menghasilkan  plak yg merupakan serpihan halus dari logam syiling telah melekat pada ruang negatif  permukaan die.Proses hentakan kuat dari tempaan telah menguatkan logam plak ini.

                   Gambarajah 3:  Logam plak semakin banyak melekat dan telah menjadi sebahagian dari logam die, plak ini telah mengubah sebahagian bentuk negatif pada permukaan die menjadi positif dan apabila die menempa planchet  sebahagian imej syiling akan menjadi bentuk negatif.

                Jika dilihat pada bahagian negatif huruf pada syiling ini tidak lurus (ditanda dgn merah) kerana ianya dibentuk oleh tompokan logam plak.

           Keadaan yg sama telah terjadi pada syiling 50 sen 2003 ini.......

                Sebahagian imej stigma dan daun bunga raya adalah berbentuk negatif.....

     Dalam konteks syiling error keadaan ini adalah dalam kategori Die deterioration dan ada berkaitan dengan ciri2 Rusted die atau Corroded surface..

      Adakah anda juga miliki syiling2 spt ini dan Bagaimana pula pendapat anda?.....