Jumaat, 29 Jun 2012

DIE CLASH 20 SEN 2010 VS PSD


       Syiling 20 sen 2010 dengan ciri-ciri die clash error sebenarnya telah dipamirkan dalam post yang lalu.Bila seorang anonymous bertanyakan tentang syiling die clash 20 sen 2010 menyebabkan depankanta meneliti kembali koleksi syiling die clash ini,hasilnya membuahkan satu penemuan dan pembetulan semula kategori yg diberikan pada post dahulu.

      Kekeliruan ini timbul disebabkan pemerhatian awal tidak ditumpu pada keseluruhan kesan yg ada pada permukaan syiling tetapi hanya difokus pada bahagian tertentu sahaja.

    Hasil dari pemerhatian yg lebih teliti didapati syiling 20 sen 2010 ini adalah die clash error dan beberapa imej garis yg dikatakan Pre-strike damage (PSD) adalah sebenarnya kesan ghostly bahagian bawah tepak sireh yg terjadi pada angka "20".Keadaan ini sama juga dgn syiling 20 sen 2001 yg pernah dipamirkan oleh blogger duacongkak.


                 Telitikan tanda merah yang merupakan imej ghostly bahagian bawah tepak sireh,die clash pada syiling 20 sen 2010 ini adalah dalam kategori double strike yang dapat dilihat kesan dua garis (panah kuning)
                            
 Pada bahagian muka syiling 20 sen 2010 ini juga terdapat kesan double strike die clash.......

   Syiling 20 sen Die clash sukar dijumpai dan syiling 2010 ini  merupakan spesimen yg baik untuk dikongsi...
                        Bahagian muka syiling pertama...

     Bahagian belakang syiling pertama...

       Bahagian muka syiling kedua.....

       Bahagian belakang syiling kedua.....