Ahad, 16 Disember 2012

20 SEN S3M,MDD

              Kini kita sudah berada dipenghujung 2012,tahun yg penuh bererti kepada ahli2 numismatik mau pun pengumpul koleksi klasik kerana beredarnya wang kertas dan syiling baru Malaysia siri ketiga (s3M),mengikut kiraan depankanta telah hampir seluruh warga Malaysia telah melihat atau sekurang2nya mengetahui tentang kewujudan syiling baru ini.

             Dalam waktu terdekat kita masih tidak dapat mengetahui jumlah sebenar pengeluaran syiling s3M ini mengikut denominasinya sehingga ada pihak yg mengusahakannya melalui saluran BNM.Pemerhatian secara rambang depankanta mengagak syiling2 ini tidak begitu banyak dikeluarkan sebagaimana pengeluaran awal syiling siri kedua pada tahun 1989.

             Agak memeranjatkan sebaik sahaja syiling ini mula memasuki edaran untuk kegunaan orang ramai,berbagai error telah dijumpai.Dengan berbagai perubahan dibuat dan berbagai teknologi penyilingan baru digunakan syiling s3M sepatutnya memberi cabaran pada pengumpul syiling error untuk mencari syiling yg silap tempa tapi apa yg terjadi, ratio syiling error s3M lebih tinggi berbanding siri Parlimen @ siri pertama (pendapat depankanta).

            Untuk perkongsian post ini dipamirkan sekeping syiling 20 sen s3M dengan kesan MDD yg hampir menyamai ciri2 DD....

                 Pada bahagaian muka syiling ini terdapat ciri2 imej berganda (tanda bulat) yg ketara dan ianya adalah ciri2 MDD biasa...

              Pada syiling 20 sen s3M telah disembunyikan huruf B.N.M.Adakah anda telah perasan!.Ramai juga yg masih terkeliru dgn rekabentuk syiling s3M dan tertanya2 yang mana bahagian muka dan yang mana bahagian belakang..Secara mudahnya, bahagian belakang syiling ialah yang tertera denominasinya dan bahagian muka pula terdapat imej tradisi atau pemerintahnya (ciri2 biasa pada semua syiling moden)....
      Syiling MDD ini dapat dilihat perubahan imej bergandanya bila dibandingkan dgn syiling dari batch sama yg dipamirkan oleh blogger sdr duacongkak dalam blognya:
http://duacongkak.wordpress.com/2012/11/20/20sen-2012/