Selasa, 15 Januari 2013

DIE SCRATCH

    Die Scratch atau die scratches akan kelihatan sama dengan die crack dengan ciri-cirinya berbentuk garis panjang yang timbul pada permukaan syiling.Sering kali pengumpul syiling error akan tertanya-tanya bila menemui sekeping syiling die scratch samada ianya mempunyai premium spt syiling-syiling error yang lain.

          Syiling-syiling yang mengelirukan kita samada mint errors atau PMD sewajarnya disimpan kemas sebagai rujukan dan bahan kajian walaupun  ianya mungkin tidak ada nilai dari sudut error.Die scratch merupakan satu kategori die damage iaitu kerosakan pada permukaan die,berbeza dgn die crack yang bukan sahaja terjadi pada permukaan die tetapi juga pada bahagian dalam permukaan die.

          Kerosakan yg terjadi biasanya dikaitkan dengan peralatan dan instrumen mesin yang berada dipersekitaran semasa proses penempaan dilakukan atau semasa kerja-kerja menyelenggara die dilakukan. Berbeza dgn die gouge yang berbentuk tercungkil secara bertompok,die scratch akan kelihatan garis panjang yang biasanya lurus mengikut peralatan yg merosakkannya.

                         Bahagian belakang syiling 1 sen 2007 ini merupakan spesimen die scratch yg jelas...

           Garis timbul yang lurus dan berbentuk rata tidak bergerigi adalah ciri-ciri die scratch..

            Sekeping syiling 1 sen 2005 ini pula ditemui dengan dua ciri-ciri,die crack dan die scratch...

           Die crack biasanya membentuk garis yang tidak lurus mengikut retakan yg terjadi pada die,keadaan ini sangat dipengaruhi oleh jenis logam dan cara die dibuat.Pembentukan blob mudah terjadi pada die crack kerana kerosakannya yang dalam.Die scratch pula berbentuk lurus mengikut cakaran alat yang digunakan.

             


Penerangan lakaran dibawah :

                               1) Bentuk permukaan die dan keadaan syiling akibat cakaran yg terjadi pada die.Bentuk parit yang terjadi hanya melibatkan lapisan atas permukaan die.

                               2) Perbezaan die yang terjadi die crack adalah kerosakannya melibatkan kedalam      logam die.Kedua permukaan syiling kelihatan hampir sama sedangkan sebenarnya kerosakan kedua die adalah sangat berbeza.

                               3) Bentuk garis die crack biasanya tidak lurus kerana faktor logamnya.

                               4) Bentuk garis die scratch adalah lurus mengikut pergerakan peralatan yg merosakkannya

      Berbagai bentuk die scratch yang dapat dilihat terjadi pada syiling Malaysia.....

 Penerangan dan spesimen yang dipamirkan ini adalah pendapat depankanta berpandukan rujukan syiling error,sekiranya anda ada pendapat lain untuk dikongsi adalah sangat dialu-alukan...