Memaparkan catatan dengan label FINNED EDGE. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FINNED EDGE. Papar semua catatan

Selasa, 24 April 2012

FINNED EDGE

          Antara ciri-ciri duit syiling yg baru dikeluarkan dari kilang dan belum diedarkan pada orang ramai adalah kedua permukaannya akan kelihatan berkilat dan tiada kesan calar melainkan sedikit kesan calar yg kecil...Satu lagi ciri2 penting untuk diperhatikan pada syiling2 yg baru begini adalah pada hujung rim atau hujung sisinya.Selisih antara collar die dan (die atas dan die bawah) akan menghasilkan sedikit bentuk sirip yg tajam pada sisi syiling,sirip ini biasanya diteliti oleh pakar2 untuk proses menggred syiling dan sekiranya sirip ini masih berkeadaan elok dan kedua permukaannya tidak terusik,syiling berkenaan dikira bergred tinggi.

      Dalam keadaan tertentu ada juga terjadi keadaan sisi syiling yg timbul dgn agak ketara dan tidak serata dan ianya dikaitkan dgn finned edge error atau finned rim error.
     Sekeping syiling 1 sen 2005 ini sangat menarik untuk dikongsi,depankanta berpendapat ianya adalah layak untuk dikategorikan sebagai finned edge error.

      Syiling 1 sen 2005 ini jelas terdapat sirip pada bahagian belakang syiling...       
              Finned edge atau finned rim bermula dari jam 10.00 hingga jam 12.00

                 Keadaan sisi yg bersirip tidak kelihatan pada bahagian muka syiling...
         Dalam post terdahulu telah dipamirkan kategori error spt ini...
   

Isnin, 12 Disember 2011

FINNED EDGE @ FINNED RIM

Proses penempaan syiling moden biasanya menggunakan tiga die iaitu,die atas(hammer die),die bawah(anvil die ) dan die sisi (collar die) telah menghasilkan berbagai jenis error.Kebanyakan error yg disebabkan die (die error) di sumbangkan oleh kerosakan pada die atas dan die bawah.Jarang sekali ditemui error yg disebabkan collar die spt finned edge error.
    Finned edge atau finned rim yg minor banyak didapati namun bagi mencari fin yg agak tinggi dan tebal  spt syiling 5 sen 2006 ini agak sukar di jumpai..
                        Bah.belakang syiling 5 sen 2006,perhatikan rim yg tinggi bermula dari jam 10.00 hingga jam 2.00

                                    Finned edge yg unik ini dapat dirasakan ketinggiannya dgn hujung jari...

                                   Bah.mukanya pula terjadi minor off centre...
 Dalam post terdahulu telah dipamirkan finned edge bagi syiling 1 sen...

Jumaat, 16 September 2011

FINNED EDGE

Antara error yg terjadi pada rim syiling adalah finned edge error,walaupun biasanya syiling2 yg baru keluar dari kilang error begini agak senang diperolehi tapi ukuran bagi error ini adalah ketinggian fin yang kelihatan dan untuk mendapatkan syiling begini begitu sukar sekali.
     Rim syiling pada asalnya direka bentuk untuk melindungi imej,huruf,angka dan lain2 details yg terdapat pada permukaan syiling.Sebagai pelindung ianya direka sebagai permukaan yang paling tinggi pada sesekeping syiling,namun dalam keadaan tertentu rim ini pula terpaksa dilindungi oleh pengumpul untuk menjaga finned error supaya tidak rosak....

                          Bahagian hujung rim kelihatan tinggi kerana terdapat lebihan logam yg nipis pada syiling 1 sen 2007 ini.Finned edge terjadi pada bahagian muka syiling.

 

                               Finned edge error dapat dirasakan ketinggiannya dengan jari....
                             Biasanya jika syiling ini sudah lasak,finned edgenya akan rosak dan terlipat...
                             
Untuk mendapatkan penjelasan Numis tentang error ini sila lawat blog whycollect dan Mr.Dickson Niew.
http://whycollect.blogspot.com/
http://dniewcollectors.blogspot.com/