Antara ciri-ciri duit syiling yg baru dikeluarkan dari kilang dan belum diedarkan pada orang ramai adalah kedua permukaannya akan kelihatan berkilat dan tiada kesan calar melainkan sedikit kesan calar yg kecil...Satu lagi ciri2 penting untuk diperhatikan pada syiling2 yg baru begini adalah pada hujung rim atau hujung sisinya.Selisih antara collar die dan (die atas dan die bawah) akan menghasilkan sedikit bentuk sirip yg tajam pada sisi syiling,sirip ini biasanya diteliti oleh pakar2 untuk proses menggred syiling dan sekiranya sirip ini masih berkeadaan elok dan kedua permukaannya tidak terusik,syiling berkenaan dikira bergred tinggi.
Dalam keadaan tertentu ada juga terjadi keadaan sisi syiling yg timbul dgn agak ketara dan tidak serata dan ianya dikaitkan dgn finned edge error atau finned rim error.
Sekeping syiling 1 sen 2005 ini sangat menarik untuk dikongsi,depankanta berpendapat ianya adalah layak untuk dikategorikan sebagai finned edge error.
Syiling 1 sen 2005 ini jelas terdapat sirip pada bahagian belakang syiling...
Finned edge atau finned rim bermula dari jam 10.00 hingga jam 12.00
Keadaan sisi yg bersirip tidak kelihatan pada bahagian muka syiling...
Dalam post terdahulu telah dipamirkan kategori error spt ini...

Hi depankanta,
BalasPadamSatu kecacatan pada rim yang menarik.
Sebelum ini kamipun tidak perasan tentang kecacatan yang berlaku pada rim antara jam 9 dan 10 di reverse itu.
Nampaknya kami perlu menyemak semula syiling yang ada pada koleksi kami.
Terima kasih banyak depankanta :)
Hi whycollect,
PadamKecacatan pada rim memang selalu terlepas pandang lantaran ianya agak kecil berbanding permukaan syiling.Sebenarnya banyak juga kategori error yg berkaitan dgn rim.
Mengikut beberapa peminat syiling error, pada sisi syiling juga terdapat berbagai error yg terjadi dan ianya membuka lambaran baru dalam pengumpulan syiling error Malaysia...
Terima kasih banyak2 whycollect....
salam tuan.terima kasih kerana telah meneroka bidang baru (di malaysia) berkaitan cabang numismatik ini.bukan sekadar sejarah yang di cari ttp ciri2 yang wujud pada syiling dan duit kertas yg telah beredar di sekeliling kita.ciri ciri tersebut yg menjadikan ianya unik berdasarkan faktor kecuaian manusia,masalah teknikal dll.sesungguhnya cabang ini memerlukan lebih fokus daripada cabang numismatik lain.syabas diucapkan
BalasPadamSalam kembail sdr Faizal,
PadamSemoga kita dapat bersama menerokai bidang yg masih banyak belum disentuh dalam dunia Numismatik ini.Syiling error Malaysia selama ini agak terpinggir dalam masyarakat numismatik yg lebih memberi tumpuan pada syiling2 klasik dan yg rare...
Dengan adanya Penyertaan dari blogger2 yg pakar tentang syiling error spt nucoins,Mr Dickson Niew,Whycollect,mnfaj dll.Dunia syiling error semakin hari semakin meriah dan perbagai kategori dapat dilihat pada syiling Malaysia.
Harapan kami semoga lebih ramai lagi yg bersama kami menerokai bidang ini dan depankanta berkeyakinan suatu hari nanti ianya akan menjadi buruan bila tidak lagi berada dalam edaran..
Sememangnya bidang ini agak teknikal dan memerlukan sedikit tumpuan dan penyelidikan berbanding bidang numismatik yg lain namun hobi yg istimewa ini terus menjadi cabaran istimewa pada kami..
Salam dan terima kasih banyak2 sdr Faizal,semoga bidang ini menjadi bidang kita semua..