Sabtu, 27 Oktober 2012

DDO 1977 INSPIRASI WHYCOLLECT

     Syiling moden Pertama Malaysia atau Siri Parlimen (1967-1988) semakin hari semakin sedikit ditemui dalam edaran. Walaupun syiling2 ini masih tidak terlalu sukar untuk dijumpai tetapi bagi denominasi tertentu spt  5 sen  memang sangat jarang kelihatan berada dalam edaran apa lagi syiling2 yang menjadi idaman pengumpul spt 5 sen 1982 dgn "extra dot " ,syiling  error dan syiling2 keydates 1971 dan 1977....

          Seingat depankanta,selepas depankanta pamirkan penemuan syiling DDR 5 sen 1976,saudara Blogger whycollect pula telah pamirkan syiling 5 sen DDO 1977 dari koleksinya..Apa yang dipamirkan oleh sdr Whycollect itu telah memberi inspirasi bagi depankanta untuk turut melengkapkan koleksi syiling2 DDV.

        Atas rasa ingatan kepada sdr Whycollect dgn koleksi istimewanya itu,depankanta mengambil kesempatan cuti hari raya Aidil Adha untuk memburu syiling 5 sen DDO 1977.Akhirnya setelah merantau ke beberapa Daerah, terjumpa sekeping syiling 5 sen 1977 DDO tulin.Lengkap sudah DDV bagi denominasi 5 sen siri Parlimen sepasang DDR (1976) dan DDO (1977).
                 
              Bahagian muka syiling 5 sen 1977,DDO terpancar pada bulan dan bintang....

               Bahagian belakang syiling yang istimewa ini....

             Pada Bahagian bulan dan bintang telah memperlihatkan  terjadinya kesan dua kali tekanan semasa proses penyiapan working die syiling ini...

               Pada bahagian bawah bangunan Parlimen juga kelihatan sedikit kesan imej berganda

           Sepasang Doubled die variety (DDV),Doubled die reverse (DDR) & Doubled die obverse (DDO)


         
      Sekalung ucapan terima kasih untuk sdr Whycollect yg telah memberi inspirasi yang membawa kepada penemuan syiling bertuah ini dan didoakan semoga sdr Whycollect sentiasa berada dalam kesejahteraan....