Jumaat, 26 Ogos 2011

MNS & DICKSON NIEW




MNS atau nama penuhnya MALAYSIA NUMISMATIC SOCIETY merupakan Pertubuhan berdaftar yg ditubuhkan seawal tahun 1968.
     Antara lain tujuan utama penubuhannya adalah untuk mendedahkan bidang penyelidikan syiling,medal,not.dll berkaitan Numismatik kepada ahli2nya.Disamping itu juga penyebaran maklumat terkini berkenaan Numismatik di seluruh dunia juga dibuat melalui beberapa siri penerbitannya...
     Apa yg menarik tentang MNS adalah keahliannya yg terbuka pada mereka yg berminat dari dalam dan luar negara.Ini tentunya memberi peluang terbaik bagi berkongsi maklumat dan meluaskan lagi bidang ini dari sudut pelaburan masa hadapan.
    Satu acara tahunan MNS yg semakin mendapat perhatian ramai ahli Numismatik termasuk dari negara2 jiran adalah acara lelongan yg diadakan empat kali setahun.Dalam acara lelong ini dapat dilihat harga yg ditawarkan sentiasa meningkat dari setahun ke setahun,keadaan ini memberi gambaran yg baik pada mereka yg menyertai bidang ini sambil menceburi bidang perniagaan dan pelaburan.
   Pemerhatian depankanta mendapati penyertaan ahli Numismatik melayu dalam MNS  ini sangat terhad sedangkan semakin hari semakin  ramai lahir ahli2 Numismatik melayu yg berpengalaman dan berpengetahuan tinggi dibidang ini.Keadaan ini mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi Pihak kerajaan (melalui Bank Negara tentunya)dalam memberi kerjasama dan apa2 kemudahan kepada MNS sebagaimana yg diberi oleh agensi kerajaan kepada persatuan2 sukan atau hiburan.Seharusnya Ahli2 Numismatik melayu,terutama yang berada di Lembah Kelang mengambil serius perkara ini dan menjadikan MNS satu flatform yg berwibawa dan menggambarkan penyertaan warga 1 Malaysia.
      Kalau dibandingkan dengan kelab2 atau persatuan Numismatik dinegara maju,kita masih ketinggalan beberapa langkah,antaranya hubungan antara pakar2 Numismatik kita dengan kontraktor yg membuat syiling dan wang kertas Malaysia adalah ditahap yg masih lemah.Dimana banyak persoalan tentang wang Malaysia hanya menjadi polemik antara pengumpul dan ahli Numismatik tanpa dapat dirujuk kepada Kilang,sedangkan kilang itu berdiri gah di Malaysia.

         lawat blog MNS:   http://www.money.org.my/

                                                               
                                                                  DICKSON NIEW
Antara ahli MNS yang aktif dalam talian internet melalui blognya ialah DICKSON NIEW,beliau merupakan seorang ahli Numismatik yang sentiasa bersedia berkongsi,memberi tunjuk ajar dan panduan berkaitan Numismatik.Sikap ahli MNS ini menggambarkan keterbukaan MNS sendiri dalam perkongsian maklumat Numismatik dengan semua pengumpul dan peminat-peminat Numis Malaysia.
     Pengalaman depankanta bersama Mr.Dickson Niew dalam hubungan di blog adalah sangat memberangsangkan.Sikapnya yang sentiasa bersahaja dan suka bergurau menyebabkan mereka yg baru menceburi bidang ini tidak kekok atau segan untuk berkomunikasi dengan seorang yg mempunyai nama besar dalam Numismatik Malaysia ini.Kesediaan danKeikhlasan beliau memberi teguran kepada pengumpul2 baru dapat dilihat dari sikap beliau yg sentiasa melawat blog2 pengumpul baru dan sentiasa meninggalkan komen yg memberangsangkan.
   Walaupun sebenarnya masih ramai pakar2 dan otai2 Numis Malaysia yang ada tapi kebanyakannya memilih cara tersendiri yg agak sukar untuk dijadikan rujukan atau perkongsian dengan mereka kerana tiada blog yg disediakan.
   Mengunjungi blog Dickson Niew seolah2 memasuki sebuah pasaraya,apa saja berkaitan Numismatik ada dipamirkan dengan keterangannya sekali.Bagi pelawat2 yg ingin membuat pertanyaan terus juga disediakan ruangan Q&A.Walaupun blog Dickson Niew berasaskan bahasa english tapi kefasihan beliau dalam B.M sangat baik dan beliau sedia berkomunikasi dalam dwi-bahasa.
         Bagi depankanta yg baru menceburi bidang syiling error ini,kehadiran Dickson Niew adalah seumpama mendapat seorang kawan dan sifu sekali gus.Banyak maklumat yang telah dikongsi bersama menjadikan bidang bukan hanya sekadar satu hobi semata-mata.
                         "SELAMAT MAJU JAYA MNS DAN MR.DICKSON NIEW"

            Lawatan terus ke blog Mr.Dickson:  http://dniewcollectors.blogspot.com/