Setiap orang ada menyimpan sejarah silam mereka tersendiri.Sejarah sesaorang itu merupakan milik peribadi yg tidak dapat dikongsi dengan sesiapa,rentetan cerita dan peristiwa mungkin sama dgn kawan2 sepermainan namun tinggalan kenangan pada sanubari tetap menjadi milik yg tidak dapat dikongsi.....
Kita biasanya akan membelek album foto lama bagi mengimbau sejarah silam dan cuba menghayati masa silam dengan menyelami setiap sudut foto2 lama yg tersimpan itu,kita juga mungkin masih berpeluang menemui kawan2 sebaya,atau berpeluang melawat tempat2 yg pernah menjadi lubuk tempat bermain dan membesar...Semua ini akan secara spontan akan membawa kita mengimbau nostalgia,sentimen ini merupakan harga yg tidak dapat dinilaikan...
Bagi depankanta dengan menyentuh sekeping wang kertas lama yg lusuh sudah cukup untuk membawa kembali semua sejarah lama yg "ingat-ingat lupa"...
Wang kertas yg lusuh begini pada nilaian numismatik tidak seberapa namun bagi depankanta ianya lebih bernilai kerana setiap tangan yg menyentuhnya adalah menyumbang pada sejarah wang ini sendiri..Wang kertas terakhir era penjajah ini terus digunakan selepas negara kita mencapai kemerdekaan,hinggalah kita mengeluarkan wang kertas sendiri pada tahun 1967..Pada awal pengedaran wang kertas ini usia depankanta masih kanak2 dan hanya berpeluang melihat wang ini ditangan orang2 dewasa..Ini menjadikan ingatan terhadap wang ini"ingat2 lupa"...
Bila menyentuh dan meneliti wang ini,sudut kerbau yg sedang membajak adalah sudut yang paling menyentuh kenangan kerana pemandangan begini sudah tiada kelihatan lagi walaupun bendang sawah masih luas terbentang..Semuanya telah diambil alih oleh mesin...Bau lumpur,dengusan kerbau,peluh petani dan suara petani mengarah kerbau tidak akan didengari lagi oleh generasi hari ini...
Tulisan jawi yg tertera pada wang kertas ini mengingatkan masyarakat kampung depankanta yg mencatatkan apa saja adalah dengan tulisan jawi,Tulisan jawi dapat dilihat dimana saja...
Angka 10 ini yg memisahkan pegangan wang ini antara kanak2 dan orang dewasa..."Budak2 tak boleh pegang duit banyak2"...haha..Nilai ini sudah cukup untuk perbelanjaan dapur seminggu sekitar 60an...
Ruang ini tidak diberi perhatian kerana tidak faham apa maksudnya,hari ini baru diketahui North Borneo tu Sabah!...
Setiap kali menyentuh wang kertas ini,dirasakan seolah2 dapat menyentuh dan merasai kembali sejarah silam yg berada dihujung jari... Selamat bercuti hujung minggu....