Isnin, 11 Julai 2011

SINGLE CIRCLE 5 SEN 2004

Pencarian syiling yang terdapat ciri2 yang berlainan dengan syiling biasa adalah satu kerja yang rumit dan perlukan pemerhatian yg sangat teliti,kalau kita dalam keadaan sibuk atau tidak tenang jangan sesekali membelek2 syiling untuk mengesan syiling errors kerana anda mungkin terlepas pandang syiling2 yang mempunyai jenis2 errors yg istimewa.
          Sekeping syiling 5 sen 2004 ini pada mulanya disangka syiling yg terguris atau sengaja diguris,bila dilihat lebih teliti ianya didapati mempunyai ciri2 errors pada planchet dimana terdapat satu garis halus yang berada dibawah imej gasing..

                Bahagian belakang 5 sen 2004
                 Bahagian muka,perhatikan kedudukan garis halus yang timbul (bertebing) berada dibawah imej gasing.


                      Garis ini membentuk bulatan yg mengelilingi bahagian muka syiling
                    Pelawat juga mungkin ada memiliki syiling begini yg boleh dikongsi bersama....