Ahad, 24 Julai 2011

RTR DIE CRACK 5 SEN 2000 DAN 2010

Keretakan pada die (alat tempa) biasanya terjadi pada die atas yang sentiasa bergerak menempa syiling,namun kadang-kadang pada die bawah juga akan berlaku keretakan bila terlalu banyak syiling yang di tempa.
       Pada die bawah  tertera imej bahagian muka syiling dalam bentuk negative.Syiling Malaysia meletakkan perbagai imej permainan dan peralatan tradisi dalam bahagian muka syiling siri bunga raya.Bagi syiling 5 sen imej gasing,pemegang gasing dan tali gasing digunakan.
      Bila berlaku keretakan pada die bawah ini,akan terkesan satu garisan yg timbul akibat dari logam yang memasuki ruang yang retak itu pada bahagian muka syiling.Biasa dijumpai keretan ini terjadi diperbagai sudut syiling dengan berbagai saiz.
      Depankanta telah menjumpai dua keping syiling 5 sen 2000 dan 5 sen 2010 yang menampakkan kesan keretakan yang panjang hampir terbelah dua die bawah.

             Bahagian belakang syiling 5 sen 2010
                    Bahagian muka syiling....die crack errors yang panjang
                           Kesan retak hampir lengkap rim ke rim,berlaku sedikit filled die pada bahagian tengah menyebabkan ksan retak tidak kelihatan disitu.



                       Bahagian belakang syiling 5 sen 2000
                   Bahagian muka syiling
                Juga mempunyai kesan die crack errors  hampir sama dengan syiling 2010


BANK PITIS KELANTAN

Bank pitis yang terletak kira2 hanya 150 meter dari pasar Siti Khadijah,Kota Bharu.Bersebelahan dengan Istana Balai Besar dan berhampiran mercu tanda Bandar Kota Bharu iaitu pintu gerbang Rehal.
     "pitis" adalah perkataan biasa bagi orang2 Kelantan dalam menyebut duit atau wang.Bagi ahli Numismatik pitis adalah syiling timah berlubang yang dikeluarkan oleh kerajaan Kelantan dan Terengganu dalam era sebelum Straits settlements.
      Bank pitis ini sekarang hanya menjadi bangunan kecil untuk pelawat,walaupun kurang diberi perhatian oleh pelawat biasa tapi bagi ahli2 Numismatik mungkin ianya adalah satu bangunan bersejarah yang cukup bererti.


                         Terletak hanya 150 meter dari Pasar Siti Khadijah di tengah2 pusat bandar Kota Bharu


                                 BANK PITIS.Dulunya bangunan ini dikawal rapi
                Pintu depan hanya dibuat dari kayu...
                  Di depannya terletak mercu tanda Bandar Kota Bharu 'pintu gerbang rehal'
                       Di belakangnya terletak Istana Balai Besar

                  Ringkasan  penerangan Bank Pitis
                      perhatikan pohon(pokok) pitis pada papan kenyataan ini.Depankanta tak begitu arif tentang sejarah bank pitis ini jadi pelawat boleh dapatkan terus maklumat dari papan kenyataan ini.
                          Terjemahan