Khamis, 13 September 2012

DDR 5 SEN 2009

         Doubled Die Reverse (DDR) syiling 5 sen 2008 dapat dilihat dalam sesetengah blog numismatik tempatan,ramai peminat syiling error bersetuju syiling DDR 2008 sesuai digelar "Monster DDR" lantaran imej berganda yg terjadi adalah sangat ketara dan hampir kesemua imej,huruf dan angka pada bahagian belakang syiling telah kelihatan kesan berganda.

       Menurut panduan ringkas yang diberikan oleh pakar2 varieti Doubled Die,bagi membezakan syiling2 Doubled die dgn MDD atau DDD adalah pada lekuk(notch) yg terbentuk pada imej yg berganda.Sekiranya terdapat kesan lekuk ianya adalah kesan Doubled Die,

     Sekeping syiling 5 sen 2009 sekali lagi menjadi perhatian bila dijumpai dgn kesan lekuk pada beberapa huruf dibahagian belakang syiling...Penemuan syiling ini telah melengkapkan varieti DDO dan DDR bagi syiling 5 sen 2009

                 Bahagian belakang syiling 5 sen 2009 dgn kesan DDR

           Pemerhatian adalah pada beberapa huruf pada perkataan "BANK NEGARA MALAYSIA"


                     Kelihatan tanda2 lekuk pada beberapa huruf....

              Adakah bentuk lekuk begini juga akan terjadi pada syiling MDD atau DDD?

             Pada stigma bunga raya juga kelihatan imej berganda

  Bagi menerangkan klas DDR syiling ini perlu dirujuk pada pakar Doubled Die,nucoins dan mnfaj.Semoga mereka sudi singgah disini dan menurunkan sedikit nota untuk dikongsi bersama...