Khamis, 7 November 2013

SYILING 50SEN PALSU PERTAMA SIRI BUNGA RAYA

       Syiling Malaysia 50sen siri bunga raya 1989-2011 telah dicemari oleh perbuatan jenayah membuat syiling palsu. Walaupun syiling 50sen moden Malaysia terawal yang dijumpai palsu adalah siri Parlimen iaitu tahun 1985 tetapi masih diragui bilakah kegiatan ini sebenarnya bermula kerana penemuan syiling palsu moden mula riuh diperkatakan oleh ahli-ahli numismatik selepas tahun 2000, kemungkinan juga syiling palsu 50sen siri Parlimen dibuat dalam era siri bunga raya.

       Penemuan syiling palsu 50sen 1993 ini merupakan tahun terawal yang tertera pada muka syiling dan dipercayai ianya adalah sebenarnya syiling terawal syiling palsu siri bunga raya. Penemuan ini seolah-olah membawa rumusan bahawa pembuatan syiling palsu adalah dirancang dengan teliti dan diperbuat hampir menyamai teknologi syiling tulin. Banyak error yang dikesan pada syiling ini telah membuktikan perkara ini.

        Diperingkat awal pembuatan syiling palsu adalah menggunakan logam besi seratus peratus kerana ianya murah ....SYILING 50SEN MALAYSIA PALSU 1993

         Syiling palsu besi didapati mudah berkarat dan mudah pula dikesan kerana mempunyai tarikan magnet yang kuat. Pada asalnya syiling palsu dibuat adalah dipercayai untuk mengaburi mesin-mesin judi dan hiburan serta mesin letak kereta. Depankanta berpendapat syiling-syiling palsu "dilepaskan" memasuki edaran adalah melalui mesin-mesin tersebut dan pemilik mesin pula dengan  tidak langsung menjadi ejen mengedar syiling-syiling ini samada secara sedar atau tidak.

               Ruang-ruang huruf mudah berkarat....

                  Ciri-ciri MDD jelas kelihatan....

         "Filled die" hampir menenggelamkan stigma bunga raya....

           "Die clash" pada syiling palsu membuktikan penggunaan teknologi yang sama dengan teknologi syiling tulin...

            Die clash seperti ini sangat sukar dijumpai pada syiling tulin......