Syiling Malaysia 50sen siri bunga raya 1989-2011 telah dicemari oleh perbuatan jenayah membuat syiling palsu. Walaupun syiling 50sen moden Malaysia terawal yang dijumpai palsu adalah siri Parlimen iaitu tahun 1985 tetapi masih diragui bilakah kegiatan ini sebenarnya bermula kerana penemuan syiling palsu moden mula riuh diperkatakan oleh ahli-ahli numismatik selepas tahun 2000, kemungkinan juga syiling palsu 50sen siri Parlimen dibuat dalam era siri bunga raya.
Penemuan syiling palsu 50sen 1993 ini merupakan tahun terawal yang tertera pada muka syiling dan dipercayai ianya adalah sebenarnya syiling terawal syiling palsu siri bunga raya. Penemuan ini seolah-olah membawa rumusan bahawa pembuatan syiling palsu adalah dirancang dengan teliti dan diperbuat hampir menyamai teknologi syiling tulin. Banyak error yang dikesan pada syiling ini telah membuktikan perkara ini.
Diperingkat awal pembuatan syiling palsu adalah menggunakan logam besi seratus peratus kerana ianya murah ....SYILING 50SEN MALAYSIA PALSU 1993
Syiling palsu besi didapati mudah berkarat dan mudah pula dikesan kerana mempunyai tarikan magnet yang kuat. Pada asalnya syiling palsu dibuat adalah dipercayai untuk mengaburi mesin-mesin judi dan hiburan serta mesin letak kereta. Depankanta berpendapat syiling-syiling palsu "dilepaskan" memasuki edaran adalah melalui mesin-mesin tersebut dan pemilik mesin pula dengan tidak langsung menjadi ejen mengedar syiling-syiling ini samada secara sedar atau tidak.
Ruang-ruang huruf mudah berkarat....
Ciri-ciri MDD jelas kelihatan....
"Filled die" hampir menenggelamkan stigma bunga raya....
"Die clash" pada syiling palsu membuktikan penggunaan teknologi yang sama dengan teknologi syiling tulin...
Die clash seperti ini sangat sukar dijumpai pada syiling tulin......

Koleksi yg baik Depankanta!
BalasPadamTerima kasih afiq nizam,
Padampaparan koleksi untuk perkongsian bersama...
Salam Tn. Depankanta,
BalasPadamMemang menarik sekali syiling ini dengan error die clash (walaupun tidak sama , tetapi seakan-akan multiple die clash 50sen 2008) dan MDD,walaupun palsu.Saya pun ada sekeping. Memang begitu kuat sekali tarikannya pada magnet. Rasanya tahun 1993 juga. Nanti nak cuba cari.... dan siarkan. Terima kasih...
Salam kembali nsdk,
PadamDie clash yang terjadi pada syiling palsu menggambarkan kaedah pembuatannya menyamai teknologi syiling tulin..Tarikan magnet yang kuat pada syiling palsu 1993 adalah dipercayai disebab ianya diperbuat dari besi seratus peratus...Terima kasih banyak nsdk
Rasanya adalah tidak tepat tajuk utama dan kenyataan mengenai syiling palsu pertama utk siri bunga raya adalah coins diatas, jika dikatakan coins palsu pertama siri bunga raya utk coins 50 sen adalah mungkin benar, kerana saya dapati di dlm blog ini juga ada coins $1 tahun 1990 Palsu yg lebih tua dari coins 1993 siri bunga raya ..
BalasPadamTerima kasih banyak tuan,
PadamPembetulan telah dibuat atas tajuk post ini berikut dari komen tuan, teguran dan komen adalah sentiasa dialu-alukan untuk memantapkan lagi blog ini...Terima kasih daun keladi tuan...
Salam Tuan
BalasPadamTerima kasih atas ulasan dan makluman tetang syiling Palsu 50sen 1993 siri bunga Raya . walaupun ini syiling Palsu tetapi ianya susah dapat juga , koleksi sayapun belum ada lagi . Tak sangka juga syiling palsu pun ada ciri-ciri Error dan variety seperti syiling error yang ditempa oleh kilang wang Bank Negara Malaysia.
Terima kasih tuan.
Salam kembali Dato',
PadamSyiling 50sen 1993 palsu dikira antara yang sukar dijumpai disamping 1997. Kemungkinan ianya tidak banyak dibuat atau telah dilupuskan sebab tersangkut pada mana-mana mesin kerana ianya dibuat dari seratus peratus bahan besi. Telah banyak ditemui berbagai jenis error dan ini menjadi bukti yang kuat bahawa syiling palsu Malaysia telah dibuat dengan teknologi yang sama dengan syiling Tulin cuma kualiti yang membezakannya...Terima kasih banyak Dato'
syukur alhamdulilah saya baru terjumpa duit syiling palsu 50sen 1993 dlm tabung.Niat dihati nak cari 50sen 1995 lain yang dicari lain yang jumpa..
Padamsalam yang berbahagia Dato' kalau Dato' berminat dengan duit 50sen 1993 palsu lekat magnet saya boleh jual dan kita berbincang harga..no hp saya 012-6794444
PadamSalam...saya Remy. Tumpang bertanya.(saya baru hari kedua belajar tentang matawang) Saya mempunyai 1 keping syiling 50 sen tahun 2005 yg mempunyai begitu banyak xtra spots yang timbul ...6 atau 7, kelihatan agak berlainan tetapi tidak bertindakbalas kepada kuasa magnet dan tiada unsur2 karat selepas 3 tahun. Berdasarkan post variasi duit 50 sen saudara , kriteria ini tiada dalam senarai variasi tersebut. Adakah kemungkinan wang ini adalah palsu dan kebarangkalian bahan yang digunakan untuk wang palsu bukan lagi besi semata2? Balasan amat dihargai. Tq
BalasPadamSalam kembali sdr remy,
PadamTahniah kerana tuan telah memilih hobi numismatik yang menarik dan berinformasi ini. Syiling palsu 50sen kebanyakannya adalah tidak bertindakbalas pada magnet. Dari apa yang tuan jelaskan itu depankanta berpendapat kemungkinan besar syiling 50sen tuan itu adalah palsu.Selain dari magnetik, biasanya berat syiling itu juga penting bagi menentukan ianya tulin atau palsu.
Untuk berbandingan dan rujukan syiling tuan itu sila lihat:
http://depankanta.blogspot.com/2011/05/syiling-50-sen-2000-2010tulinerror-atau.html
Terima kasih