Jumaat, 18 Mei 2012

SYILING BERBICARA 9,BINTANG YG PANJANG

      Mengenal pasti sesuatu kategori error pada sesekeping syiling bukan sesuatu yang remeh meski pun pada kategori tertentu spt die chip,die clash,die crack adalah jelas dan mudah dikenal pasti.Dengan bantuan dari nota2 dan artikel dari pakar tempatan atau antarabangsa akan membantu kita mengenal pasti error mengikut standard yg sebenar.Bagi penemuan sesekeping syiling yg luar biasa dan belum ada dipamirkan spesimen seumpamanya agak sukar ditentukan melainkan mereka yg benar2 pakar dan berpengalaman luas dalam bidang ini.

       Syiling 20 sen 1988 yg dijumpai ini agak sukar dipastikan kategori errornya,apa yg pasti ianya berlainan dari syiling2 biasa dalam siri Parlimen dan diyakini ianya adalah mint error...Perhatikan buncu bintang yg agak panjang dari yg biasa....

             Tempaan sekitar rim juga kelihatan tidak kemas....

             Perbandingan imej hujung buncu bintang yg error (atas) dan yang biasa (bawah)

                   Dengan pemerhatian dgn mata kasar juga dapat melihat buncu bintang yg panjang (kiri) berbanding dgn yg biasa (kanan)

      Bahagian belakang syiling ini juga ada kesan tempaan yg kurang sempurna,tempaan pada bahagian tepi berhampiran rim kelihatan terdapat ganguan pada permukaan die atau pada tekanan die...
    Setelah mendapat komen dari anonymous yg dikira pakar dalam syiling error,depankanta sempat melayari beberapa laman web antarabangsa dan mendapati syiling 20 sen 1988 ini adalah satu lagi penemuan variti  traildies yg tidak diberi perhatian sebelum ini.Memandangkan syiling ini adalah satu variti yg dibentuk oleh die,diharap ada lagi penemuan spesimen spt ini untuk perkongsian bersama...
      Maklumat tentang trail dies boleh dilayari di:
                               http://traildies.com/id118.html