Ahad, 17 Februari 2013

WANG KERTAS RM20, WARNA YANG MENGELIRUKAN

            Wang kertas 20 ringgit baru yang diperkenalkan semula pada pertengahan 2012 lalu diterima dengan gembira oleh pengumpul khususnya masyarakat numismatik. Dengan adanya wang kertas ini akan memberi peluang kepada mereka untuk menambahkan lagi koleksi wang kertas.

           Berlainan pula dengan masyarakat peniaga dan orang ramai yang mula merungut kerana sering terkeliru antara denominasi 10 ringgit dan 20 ringgit. Mungkin pada awal rekabentuk wang kertas ini, pihak jawatankuasa yang menentukan warnanya tidak menjangkakan keadaan yg mengelirukan ini akan terjadi.

       depankanta sendiri tidak begitu gembira bila menerima wang baki pembelian dengan wang kertas 20 ringgit, begitu juga bila ingin membelanjakan nya terpaksa ditunjukkan biar pekedai jelas perasan bahawa ini adalah duit rm20. Biasanya pekedai pula akan memerhati dgn teliti wang kertas ini bagi mengelak kekeliruan. Keadaan ini tentu tidak memberi situasi yang baik antara penjual dan pembeli.

            Wang kertas 20 ringgit dan 10 ringgit akan jelas perbezaan warnanya jika tiada apa-apa warna atau warna putih pada latar belakang persekitaran. Mungkin dalam situasi inilah keputusan untuk warna kedua wang kertas ini dibuat. Pada awal edarannya wang ini tidak kedengaran rungutan kerana tidak banyak yg berada ditangan orang ramai berbanding sekarang yang semakin mudah dijumpai.

                   

                  Bila berada edaran untuk tempoh tertentu,warna akan berubah dan kedua warna yang kemerahan dan kekuningan akan menjadi semakin dekat.


    Dalam suasana cahaya yang suram kedua warna ini akan mula mengelirukan bagi mereka yg hanya ada beberapa saat untuk menentukannya. Keadaan tidak begitu mengelirukan jika semuanya berurusan diatas meja cashier atau dikaunter pembayaran tetapi bagi peniaga pasar malam yang menggunakan kaedah "hulur-menghulur" akan menghadapi masalah.

     Bila keadaan semakin gelap semakin tidak jelas perbezaan warnanya...Bagi kebanyakan  peniaga yang berusia emas akan mula bermasalah...

        Walau dalam cahaya terang, bila berlatarbelakangkan berbagai warna yang ada pada persekitaran, kekeliruan tetap akan terjadi dan beginilah keadaan yang sering dihadapi oleh pekedai.. Warna wang ini tidak begitu mesra pengguna. Perbezaan nilai kedua wang kertas ini adalah tinggi, sebarang kesilapan mungkin akan mencetuskan masalah yang lain pula...

               Keadaan tambah mengelirukan bila hadir  berbagai warna dipersekitaran dan cahaya pula semakin suram...

        Penjual pasar malam adalah antara yang paling ramai merungut lantaran suasana persekitaran perniagaan mereka yang agak suram atau malap dan orang yang ramai sentiasa inginkan cepat.

    Post ini khas dibuat sebagai memenuhi permintaan rakan-rakan peniaga yang sering menghadapi masalah dengan kekeliruan warna kedua wang kertas baru rm20 dan rm10.