Jumaat, 2 November 2012

BAGAIMANA VARIETI DOUBLED DIE TERJADI

         Semuanya bermula bila Working hub selesai menerima imej dari Masterdie.Working hub yang mempunyai imej dalam bentuk positif atau imej  timbul (sebagaimana pada permukaan syiling) akan memindahkan pula imej berkenaan pada working die melalui proses "MULTIPLE SQUEEZE HUBBING PROCESS",membentuk imej negative pada permukaan working die.
     
       Multiple squeeze bermaksud proses pemindahan imej dari working hub kepada working die dibuat beberapa kali atau sekurang2nya dua kali bagi mendapatkan imej yg sangat jelas dan tajam pada semua details.Pemindahan ini dilakukan secara "squeeze"iaitu secara tekanan kuat dgn perlahan untuk memaksimakan pemindahan imej..

     Sebarang kesilapan semasa proses pemindahan imej yang kedua akan menghasilkan syiling2 varieti doubled die.Bagaimana keadaan imej berganda yg terbentuk akan dikelaskan pula kepada lapan kategori mengikut keadaan kedua imej yg menjadi berganda.

                         Setiap working hub akan menghasilkan beberapa working die melalui proses pengehuban,kesilapan semasa proses ini akan menyebabkan terjadinya Varieti Doubled die. Tiada maklumat dijumpai berapa working die yg dihasilkan oleh setiap working hub.Setiap working die biasanya mampu menempa sebanyak sejuta keping syiling mengikut jangka hayat biasa setiap die...
         
                     

     Keterangan lakaran dibawah:
                     1.  Bahagian tepi permukaan working hub mempunyai kekunci (bulatan merah)  untuk dipadankan dgn working die supaya proses pemindahan imej berjalan lancar dan tepat.

                     2.  Working die juga mempunyai kekunci (bulatan merah) yg sepadan dan sedia menerima kemasukan kekunci yg berada ditepi working hub bagi menetapkan kedudukan yg tepat sebelum tekanan (squeeze) dibuat pada working hub.

                     3.   Kedudukan kekunci working hub dan working die untuk pemindahan imej yg sempurna.Keadaan ini akan memastikan working hub dan working die tidak teranjak semasa proses "squeeze"dilakukan.

                     4.  Bila terjadi sedikit kelonggaran pada kekunci kerana penggunaanya yg kerap,menyebabkan proses pemindahan imej untuk kali kedua tidak akan tepat iaitu "lari"sedikit dari kedudukan imej pertama yg dibuat dan keadaan ini akan menghasilkan berbagai kelas dalam varieti doubled die.




              

             Lakaran 1, bentuk imej pada working die yg sempurna...Walaupun dipindahkan dgn kaedah banyak kali tekanan (multiple squeeze) tapi hanya satu imej sempurna yg kelihatan.

              Lakaran 2, Dalam keadaan tertentu kekunci yg menjadi pasak percantuman working hub dan working die menjadi longgar.

              Lakaran 3,  Akibat kekunci yg longgar,bila imej dipindahkan untuk kali yg kedua atau lebih,maka akan terbentuk 2 kesan pemindahan imej pada working die yg pada akhirnya akan menghasilkan syiling2 varieti doubled die.Tempaan pertama akan menghasilkan imej secondary(hitam) dan tempaan kedua menghasilkan imej primary (merah).


Singkatan biasa dalam membicarakan berkaitan syiling doubled die:
           1.DDV: Doubled Die Variety (Syiling dgn varieti acuan berganda)
           2.DDO: Doubled Die Obverse (Acuan berganda terjadi pada bahagian muka/kepala syiling)
           3.DDR; Doubled Die Reverse (Acuan berganda terjadi pada bahagian belakang/ekor syiling)
           4.DD:    Doubled Die (Acuan berganda)

Pautan berkaitan: 


Spesimen DDV syiling Malaysia siri Parlimen

         Nota ini hanya ringkasan dan  rumusan depankanta berdasarkan pemerhatian dari berbagai laman web,sebarang teguran dan pembetulan adalah dialu2kan...