Jumaat, 22 Mac 2013

SYILING PALSU 2007,DD,DDD & MDD SEMUA ADAA..

          Proses pembuatan syiling-syiling palsu siri bunga raya sangat mirip kepada proses pembuatan syiling tulin. Berbagai kategori error yang biasa terjadi pada syiling tulin dapat dilihat pada syiling-syiling palsu. Antara kategori yg pernah dijumpai ialah die crack,die chip,die clash dll  dalam kategori utama die errors.

        Penemuan kategori die crack dan die chip memberi gambaran syiling palsu ini juga menggunakan dua peralatan die, berlainan dgn syiling klasik palsu yang menggunakan acuan. Penemuan die clash pada syiling palsu pula menggambarkan ianya dibuat melalui proses tempaan.

       Agak memeranjatkan bila ciri-ciri Doubled die juga dikesan terjadi pada syiling palsu seolah-olah proses pembuatan die juga dibuat secara multi-squeeze yang begitu rumit berbanding secara single squeeze yang lebih mudah...Mereka sedaya upaya cuba menghasilkan syiling palsu yang benar-benar menyamai syiling tulin dengan bermula dari mengikuti proses sebenar pembuatan die....

                Bahagian belakang syiling palsu 50sen 2007.....

              Kesan lekuk(notching) pada sebahagian huruf adalah ciri-ciri khas untuk mengenali DD tulin. Imej kedua (secondary)daun bunga raya kelihatan timbul membulat (rounded) menggambarkan ciri-ciri DD.

                Die Deterioration Doubling (DDD) merupakan fenomena yang terjadi disebabkan pemakaian die yang lasak dan berterusan..Kesannya ialah gandaan imej terjadi pada kiri-kanan atau atas-bawah imej utama.

          Juga terdapat kesan berlaku die yang terseret semasa proses penempaan yang menghasilkan Mechanical Die Doubling(MDD) pada syiling ini. Kesan seret yang jelas dapat dilihat pada huruf "N" (SEN). Ketiga-tiga elemen DD,DDD dan MDD tidak mustahil akan terjadi juga pada syiling tulin kerana proses pembuatan syiling Malaysia mengharuskan semua kerosakan ini terjadi pada sekeping syiling.
Bahagian muka syiling palsu 2007...Sentiasa cantik dan berkilau