Rabu, 12 Disember 2012

SYILING 1 RINGGIT KERIS 1993,MDD

          Syiling tembaga 1 ringgit Malaysia 1989-1996 tidak banyak dipamirkan oleh Pengumpul berkaitan penemuan error.Banyak kemungkinan yang menyebabkan tumpuan tidak begitu diberi pada varieti atau errors syiling berwarna keemasan ini.Pertama ianya tiada lagi dalam edaran dan sukar dijumpai dalam jumlah yg banyak.Kedua pemilik biasanya meletakkan harga yg berkali ganda melebihi nilai muka asal syiling ini.Ketiga syiling Keris ini banyak yang bercampur dgn syiling palsu yang menyebabkan sukar untuk memberi tumpuan error pada syiling tulin.

             Mengikut penemuan oleh pengumpul syiling error dan varieti,terdapat DDO pada syiling rm1 Keris 1993.Bagi melengkapkan koleksi depankanta tercari2 juga syiling DDO namun yang ditemui ialah kesan MDD.

            Mungkin penemuan depankanta ini adalah dari Varieti yg lain dari yang dikatakan varieti DDO.Jelas sekali selain dibahagian muka syiling ini, MDD juga terjadi pada bahagian belakang syiling.(fenomena yg biasa pada syiling MDD)

             Nampaknya pemburuan kena diteruskan bagi mencari sekeping syiling DDO 1 ringgit Keris 1993