Ahad, 1 April 2012

50 SEN S3M DIE GOUGE

Syiling Malaysia s3M yg baru beberapa bulan diedarkan untuk orang ramai tiba2 ghaib semula..Mengikut kenalan depankanta yg bekerja di Bank sekitar bandar Kota Bharu,syiling ini hanya baru sekali sahaja diedarkan pada orang ramai, itu pun dengan jumlah yg sangat terhad.

       Pekedai2 pula merungut kerana masih ada dari kalangan mereka sendiri yg belum berpeluang utk menjamah syiling s3M ini.Bila depankanta merisik dari kawan2 yg telah perolehi syiling ini mereka memberitahu semua syiling yg mereka ada tidak dibelanjakan,sebaliknya disimpan rapi untuk dijadikan kenangan.Jadi terbongkarlah rahsia,syiling s3M ghaib kerana orang ramai lebih suka menyimpannya dari membelanjakannya.

      Pada peringkat pertama ini mungkin tidak banyak syiling s3M yg diedarkan,Negeri2 Pantai Timur Semenanjung pula agak terlewat dari negeri2 lain untuk melihat sendiri wajah syiling2 baru ini.Hingga kini masih ramai yg belum pun berpeluang menyentuh atau memilikinya.Diharap dalam waktu terdekat syiling2 s3M ini akan memenuhi gedung2 syiling syarikat2 pengawal keselamatan (agen pengedar) dan akan beredar keseluruh pelusuk tanahair...

          Dengan sampel yg sangat terhad depankanta meneliti setiap sudut dan penjuru syiling2 s3M ini dan berjaya perolehi beberapa keping yg istimewa untuk dikongsi bersama.Untuk perkongsian kali ini dipamirkan syiling 50s3M yg terdapat kesan die gouge error disamping minor off center error.

                           Berbanding dgn kesan lain disekitarnya,die gouge error adalah timbul dan kesan calar yg lain adalah berparit...

                       Kedudukannya pada bahagian fields mengasingkannya dari kesan die chip.

                  Syiling yg sama juga terdapat fenomena minor off center

                 Bahagian muka syiling s3M biasa dijumpai lebih tahan calar dari bahagian belakang....

                     Dua keping syiling 50 sen s3M yg terdapat kesan die gouge yg sama...

                       foto syiling die gouge yg diambil tanpa menggunakan flash...