Ahad, 14 Oktober 2012

PERKONGSIAN COLLAR CLASH

      Tertarik dengan kategori yang dipamirkan oleh rakan blogger sdr Afiqnizam,depankanta menyelongkar koleksi syiling yg ada bagi melihat sendiri syiling dalam kategori collar clash error.Kategori yang dikesan oleh sdr afiq ini telah menambahkan lagi keperbagaian dalam error yg melibatkan die clash selain Die clash,Rotated die clash,Doubled die clash,Multiple die clash, M.A.D clash dll.

      Collar clash yang melibatkan pertembungan antara die atas(hammer die) dgn collar die tidak banyak dibincangkan oleh pakar2 syiling error tempatan sebelum ini.Untuk turut berkongsi dalam kategori ini dipamirkan dua keping syiling siri ke2 dan s3M,semoga anda juga dapat menyimpan sekeping dua untuk melengkapkan koleksi syiling error Malaysia...

             Sekeping syiling 5sen 2003 yg dapat dikesan ciri2 collar clash...

              Ciri2 collar clash dapat dilihat sekitar jam 6 hingga jam 10....

                Bagi syiling 20 sen s3M lebih menyerlah jika terdapat kesan collar clash kerana saiz geriginya yang lebih besar.....

Untuk mendapat keterangan lanjut berkaitan error yg menarik ini sila lawat :
http://afiqnizamscoinandbanknote.blogspot.com/2012/10/28-error-coin-20-sen-2012-collar-clash.html