Ahad, 23 September 2012

DIE DETERIORATION YANG SEMBUNYIKAN DD

             Syiling varieti DD tulin terbentuk akibat kerosakan pada permukaan working die semasa proses pengehuban (hubbing process) iaitu proses memindahkan imej dari working hub kepada working die,keadaan ini bererti imej yg berganda adalah sedia terbentuk pada permukaan working die semasa kerja-kerja menempa dijalankan..

             Die(samada die atas atau die bawah) yg mempunyai imej berganda itu bila digunakan untuk menempa planchet akan menghasilkan syiling2 DD.Menjadi kebiasaan pada setiap die akan digunakan untuk menempa secara berterusan,ini akan menyebabkan terjadi die deterioration yg menganggu penampilan  imej pada permukaan die seterusnya pada permukaan syiling..

            Demikian yg terjadi pada Die yg digunakan untuk menempa syiling DDR 5 sen 2009 ini,die yg digunakan itu didapati telah mengalami deterioration yg menyebabkan ciri-ciri berganda(doubling) yg terjadi pada beberapa huruf telah terganggu dan tersembunyi disebalik kesan die deterioration.

             Sekeping syiling 5 sen 2009 DDR yg juga terdapat kesan die deterioration...

            Die deterioration menyebabkan imej pada bahagian tali gasing juga kelihatan berganda yang dikenali dgn istilah Die Deterioration Doubling (DDD)

             .Perhatikan huruf "MAL"(MALAYSIA) didapati ciri2 DD hampir tidak kelihatan kerana di"ganggu"oleh die deterioration.Penelitian yg cermat akan menampakkan ciri-ciri DDR masih wujud disebalik Die deterioration.





                 A:  Huruf2  berganda DDR yg juga terjadi die deterioration

                 B:  Huruf2  berganda DDR yg jelas tanpa apa2 gangguan....

                 C: Syiling Die deterioration tanpa ciri2 DDR...
       A dan B adalah ditempa dari die yg sama (Varieti die yg sama) sementara C adalah varieti die yg berlainan.Cabaran untuk mencari syiling DDR 5 sen 2009 menjadi semakin sukar dgn wujudnya berbagai fenomena keatas syiling 5 sen keluaran tahun 2009....


                 Ciri2 deterioration juga wujud pada syiling DDR 5sen  2008 ini tapi tidak menjejaskan penampilan huruf2 yg ada kerana jarak gandaan huruf DDR yg terjadi sangat ketara
          
Pautan  yang berkaitan:
                1. http://depankanta.blogspot.com/2012/09/die-deterioration-dan-dd-yg-mengelirukan.html

                2. http://depankanta.blogspot.com/2012/09/ddr-5-sen-2009.html