Sabtu, 11 Ogos 2012

SYILING YASIN ADALAH SYILING YASIN

       Membicarakan tentang syiling Yasin seolah2 meletakkan kita kedalam dua alam yg berbeza.Di satu sudut ianya menjadi perbincangan dan persoalan dikalangan pengumpul syiling yg cuba mengesan kewujudan syiling2 ini bagi mengaitkannya dgn bidang sains numismatik yg nyata,disudut yang lain pula syiling2 ini menjadi bahan bagi pengamal2 dan pengikut amalan mistik yg lebih menjurus dibidang perbomohan dan pawang yg menggunakan syiling2 yasin untuk amalan mistik,menarik duit dan amalan perjudian yg dikaitkan dgn alam ghaib.
       
    Berbagai imej dan tulisan yg dijelmakan pada permukaan syiling ini,sebahagiannya jelas bertentangan dgn ajaran Islam yg melarang lakaran para rasul dlm bentuk imej.Perhatikan bagaimana syiling pertama Islam yg diperkenalkan oleh Khalifah Umayyah ke-5,Abd. Malik Ibn Marwan:

DINAR DIRHAM ISLAM PERTAMA
"Pada tahun 77 Hijrah, Khalifah Ummaiyyah ke-5, Abd al-Malik ibn Marwan menempa dinar Islam pertama dengan corak yang berbeza daripada syiling-syiling terdahulu. Pada syiling baru itu tidak lagi tertera gambar haiwan, wajah manusia ataupun lambang-lambang agama dan kepercayaan lain.

Pada syiling dinar terbaru itu, tertera kalimah dalam tulisan resam kufi La ilaha illalllah wahdahu La syari kalah dan Allah Yang Esa dan Allah Kekal Abadi berserta tarikh dan tempat ia ditempa dengan berat yang dikawal pada 4.25 gram".

                 Berlainan dgn syiling Yasin yang sewenang2nya menggunakan lakaran para nabi dan rasul pada permukaan syiling. Fenomena ini tentu akan dapat menyeleweng tanggapan orang ramai terhadap fizikal nabi dan para rasul.Sekiranya lakaran ini berada pada buku2 sekolah anak2 kita tentu riuh rendah masyarakat membicarakannya...

                            Nabi Isa 'Alaihissalam....???


                      Nabi Noh 'Alaihissalam...???

                Sesuaikah imej ini dikaitkan dgn surah dari Al Quran,Yaasin yg bermaksud"Ya Muhammad".....


            Syiling Yasin yang berbagai bentuk dan jenis logam mudah dilihat dimana2 kaki lima yg menjual syiling2 lama namun tidak menarik perhatian penjual di kedai2 numismatik..Memandangkan tulisan dan imej yg tertera adalah tulisan jawi dan direkabentuk dgn berlatar belakangkan corak Islamik,seharusnya syiling2 Yasin ini diteliti secara mendalam oleh pihak yg berkaitan...

    Agak lama juga diperhatikan nota2 berkaitan syiling yasin yg ada dalam internet,serta bantuan dari beberapa orang lama dalam hal ini depankanta cuba untuk membicarakannya dari kacamata sendiri.Tentu persoalan utama yg pertama ialah apa itu syiling yasin?,untuk menjawab soalan ini depankanta ajukannya kepada beberapa orang penjual syiling yg dijumpai sekitar pasar siti Khadijah.Jawapan mereka sangat mengelirukan seolah2 tiada yg benar2 pasti.Jika ditinjau diblog2 mistik yg membicarakan tentang syiling ini juga penuh dgn persoalan yg tiada jawapannya..

   Syiling yasin tidak dicipta sebagai duit yg ada nilai jual beli,tidak juga sebagai token yg ada nilai dalam lingkungan tertentu atau medal yg dianugerah pada orang tertentu tetapi lebih merupakan satu tangkal atau azimat yg menjadi amalan masyarakat Islam Nusantara diawal penyebaran dan perkembangan Islam.Jika dilihat pada beberapa spesimen syiling Yasin,terdapat tulisan melayu-jawi yg membuktikan syiling2 ini adalah berasal dari dunia Melayu Nusantara bukan dari Tanah Arab.Terdapat juga tulisan yg menggunakan khat dan perkataan melayu moden serta corak awan larat yg menyerupai syiling2 moden.Nama Yasin sendiri adalah dinamakan sempena satu surah dari kitab suci Al-Quran.Ramai masyarakat Islam nusantara percaya surah Yaasin ada kelebihan untuk penyembuhan lalu mereka abadikan nama surah ini pada syiling yasin ini.

       Syiling2 yasin dilihat diperbuat dari timah,timah hitam,besi,tembaga,perak.Ianya tidak ditulis apa2 nilai denominasi pada permukaannya,tiada catatan sejarah yg membuktikan syiling2 ini pernah digunakan oleh mana2 kerajaan atau golongan pedagang dan saudagar.

        Depankanta berpendapat pada asalnya syiling2 ini dibuat oleh sekumpulan ahli2 sufi atau tareqat  yg tersohor di Tanah Melayu dan Tanah Jawa suatu masa dulu .Bagi memperingati kumpulan mereka yg biasanya mengamalkan bersuluk atau bertapa dan mereka membawa pulang kekampung halamannya bila tempoh bertapa mereka selesai.Dari sini syiling2 ini bertukar tangan dan mula digunakan untuk berbagai tujuan yg menyimpang dari yg asal oleh golongan yg lain pula.Berbagai imej manusia dan Corak dimasukkan bagi menguatkan "hikmat" syiling ini.Walaupun terdapat juga versi yg menceritakan syiling ini adalah pemberian dari "alam ghaib" ianya adalah mitos yg tidak mampu dibuktikan....

      Lihat saja jualan di internet spt dalam mudah.com,kita akan jumpai syiling2 yasin ini ditawarkan dgn harga yg begitu tinggi hingga sukar dipercayai.Tidak pula dipastikan adakah sesiapa yg membelinya dgn harga yg begitu tinggi!.Pernah depankanta ajukan soalan ini pada seorang penjual syiling,mengikut beliau memang ada orang yg membelinya dgn harga ribuan rm.Mereka ini adalah terdiri dari kaki tarik duit dan kaki judi yg membelinya kerana syiling berkenaan yg diminta oleh "pawang" mereka,sejauh mana usaha mereka ini "menjadi"tidak pula diberitahu.

     Setelah meneliti semua aspek syiling2 Yasin,depankanta merumuskan syiling yasin ada dalam kategorinya tersendiri,ianya kekal digelar "syiling"hanya kerana bentuk dan logamnya menyerupai duit syiling sedangkan pengunaannya tidak pernah digunakan sebagai duit syiling bahkan lebih merupakan satu "azimat"(talisman) dikalangan penggunanya.Syiling Yasin adalah syiling Yasin.

      Memandangkan syiling yasin ini begitu popular dikalangan masyarakat Melayu-Islam di Malaysia yg mana masing2  mempunyai tanggapan tersendiri tentang syiling2 ini,depankanta sarankan agar mereka2 yg ingin menggunakan syiling2 ini untuk tujuan tertentu agar merujuk terlebih dahulu pada Ustaz2,Tok guru,Kiai2 atau Ulama yg berwibawa agar akidah kita tidak terpesong disebabkan sekeping syiling walaupun namanya syiling Yasin.....WalLahhuaklam

       LAGI POST BERKAITAN SYILING YASSIN:http://depankanta.blogspot.com/2013/01/mengusul-syiling-yassin.html
        (nota ini adalah pendapat depankanta semata-mata,mungkin ianya tidak sama dgn pendapat anda)

78 ulasan:

  1. salam depankanta,
    Saya bersetuju dan bersependapat dengan depankanta tentang kewujudan siling yasin ini. Siling Yasin ini berasal dari negara jiran kita Indonesia dan digunakan sebagai tangkal dan azimat dalam ilmu mistik.
    Saya berkesempatan melawat Muzium Terengganu baru-baru ini dan saya telah melihat banyak koleksi siling Yasin di Pamerkan ditingkat 3 di Muzium tersebut dan menyifatkan ianya sebagai siling yang pernah digunakan di Negeri Terengganu. Rasa saya maklumat ini kurang tepat kerana tidak terdapat fakta sejarah menunjukan siling yasin ini digunakan sebagai matawang dalam urusan perdagangan tetapi mungkin lebih rapat sebagai medium tangkal dan azimat dalam ilmu mistik.
    Mungkin Dr. Kasim Presiden Persatuan MASDINAR ada maklumat lengkap tentang siling ini kerana difahamkan beliau ada membuat kajian tentang siling yasin ini. wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali Dato',
      Terima kasih kerana sudi berkongsi tentang syiling2 Yasin yg telah sekian lama berada dalam masyarakat kita tanpa sesiapa mengetahui asal-usulnya secara ilmiah...

      Depankanta belum berkesempatan lagi utk mendalami bagaimana wujudnya syiling2 ini,mungkin nota hasil kajian Dr Kasim banyak membantu utk perkongsian bersama.(depankanta sedang mencari nota2 tersebut)..

      Tinjauan ringkas mendapati syiling2 Yasin ini juga melalui tempoh perkembangannya dimana dari buatan ketukan tangan daripada logam ringkas spt timah kepada bentuk2 moden yg dibuat menggunakan acuan dari logam campuran(aloi)...

      Semoga setiap dari kita dapat menyumbang buah fikiran bagi memantapkan dan menjelaskan pada masyarakat tentang kewujudan syiling2 "ajaib"ini...

      Salam dan terima kasih banyak2 Dato'...

      Padam
  2. salam depankanta..
    penjual syiling sekitar pasar siti Khadijah kat mane ye depankanta..adakah dilaman pasar khadijah?...telah lama bermain di fikiran tentang syiling yasin..adakah pernah digunakan di tanah melayu atau tidak..banyak pendapat tertentu tentang syiling ini sehingga sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam NMF,
      Kebanyakan ahli numismatik sepakat berpendapat syiling2 Yasin adalah bukan mata wang(legal tender),pendapat dari pengamal mistik sukar dijadikan fakta kerana banyak bercampur baur dgn elemen2 mitos...

      Memang tempat yg popular bagi penjual syiling di KB ialah sekitar laman Pasar Siti Khadijah,biasanya mereka berada waktu pagi hari sabtu...Tidak banyak pilihan yg ada berbanding dgn kedai2 numismatik,jualan mereka bercampur dgn barang klasik yg lain...

      Terima kasih banyak NMF...

      Padam
  3. salam tuan.
    saya pun memang dr dulu berpendapat syiling tersebut hanya dibuat utk peringatan/tangkal/pelaris/pedinding dll.(sesuai dgn kepercayaan seseorang)kewujudan memang di alam melayu meliputi indonesia,brunei,selatan thailand,selatan filipina dan malaysia.satu lagi diperhati syiling tersebut daripada zaman transaksi agama pagan/agama nenek moyang kepada agama hindu dan seterusnya agama Islam.jadi imej tersebut tidak dapat dipisahkan.ini kerana penghuni alam nusantara terdahulu adalah penganut agama nenek moyang @ agama hindu sebelumnya datangnya syiar Islam.sehingga kini kita melihat amalan khurafat masih berleluasa dlm masyarakat kita.saya juga ada menyimpannya sebagai sebahagian khazanah dr alam melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam sdr Faizal,
      Nampaknya tuan juga berminat untuk selidiki kewujudan syiling2 Yasin ini.Dari sudut fakta sejarah memang tiada dinyatakan mana2 kerajaan Melayu lama yg menggunakan syiling2 Yasin ini sebagai legal tender..Kita semua sependapat yang kuat menyatakan syiling Yasin adalah ciptaan seni yg berbaur dgn amalan mistik.Cuma motif kewujudannya yg masih samar2.

      Dizaman awal Islam di Nusantara tidak banyak perkara berkaitan sejarah numismatik yg dicatat,kebanyakan yg ada adalah bermula dari zaman kerajaan Melayu Melaka.Mungkin ahli2 numismatik dari angkatan muda spt sdr Faizal dapat selidiki sejarah syiling Yasin ini dgn jangkauan yg lebih luas dan mendalam..InsyaAllah

      Terima kasih banyak2 sdr Faizal...

      Padam
    2. sama-sama tuan.perlu tunjuk ajar dan bimbingan org lama juga.supaya ada kesinambungan antara keduanya.kalau nak ikut ilmu Allah dan pembedaharaannya,x dijangkau oleh kita.jadi ambil yg mana sempat/mampu.sesuai dgn kudrat pinjamannya..

      Padam
    3. Tepat sekali sdr Faizal,dalam menguraikan ilmu numismatik pengalaman orang lama dan kelebihan yg ada pada generasi baru penting dipadukan untuk memantapkan bidang ini....semoga kerjasama ini akan meluas dan berterusan bukan sahaja dikalangan blogger numis tetapi juga pada otai2 numis yg masih ramai tiada dalam persada blogger....

      Salam dan terima kasih sdr Faizal...

      Padam
  4. akum...sekadar ingin berkongsi sy mempunyai koleksi syiling ini..syiling yg tertulis 3 yassin dan yassin.. menurut kata kwn yg memberi syiling ini yg berasal dr indonesia dn pengamal perubatan syiling ini beliau dapat dr alam ghaib...wallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. w'salam natasha,
      Banyak versi yang dikaitkan dgn syiling yasin,namun ianya tidak membawa apa2 pengertian pada sains numismatik selagi tiada bukti tentang penggunaannya yang jelas.Melihat pada imej yg ada pada syiling2 Yasin ini,depankanta setuju ianya berkemungkinan bermula di Kepulauan Indonesia dan disesuaikan pula mengikut keperluan/permintaan setempat.

      Soal tuduhan ianya datang dari alam ghaib adalah menjadi urusan ghaib,ianya adalah diluar perbincangan numismatik..Kita dan alam ghaib hanya sekadar apa yg diizinkan oleh Allah Swt...wallahuaklam...

      Terima kasih banyak2 natasha...

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. depankata ada lg tak yg jual syiling lama kat pasar khadijah tu?

      Padam
    4. saya ingin menjualnya whassap 01121926127

      Padam
  5. ya betul tu..tp syiling kt sy berwarna emas dn tertulis 3 yassin dn 9 yassin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih natasha,
      Syiling yasin dapat dijumpai dalam berbagai warna mengikut logam ia diperbuat.Mungkin milik natasha itu dibuat dari tembaga atau emas! haha..Dan angka syiling yasin juga dijumpai dalam berbagai versi yg mendorong pengumpul syiling yasin untuk melengkapkan kesemua angka2 ini...

      Kat pasar siti Khadijah masih ada terjual syiling2 lama terutama pada hari Sabtu,biasanya pada sebelah pagi...Terima kasih

      Padam
    2. kat saya ada 7 keping duit syiling yasin...
      klaw saya menjual kepada sesiapa xapakan??

      Padam
  6. saya ada syiling yasin 3, 5 dan 7. pernah hilang sekali (tak pasti ianya dicuri org)tp setahun kemudian muncul semula di tempat letak kasut depan pintu masuk (dalam ) rumah. yg peliknya siapa yg ambik dan siapa yang pulangkan. saya search tntang syiling ni konon2 kemungkinan berkhadam ( untuk unsur mistik mahupun perubatan). wallahualam.... lepas tu saya jd takut nk simpan sehingga terpikir nak let go.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam DRE,
      Sentuh pasal khadam ni,sukar bagi numismatis untuk mengulasnya..Hal ini lebih kepada "mengikut kepercayaan individu".Apa yg penting sekarang sementara syiling2 itu masih dalam simpanan DRE cuba lihat disudut sains dan sejarah syiling berkenaan,adakah ianya benar2 kepingan syiling yang ada nilai muka @ legal tender atau hanya bahan mistik(spt bahan2 mistik yg lain) yg secara kebetulan berbentuk spt duit syiling.

      Terima kasih banyak DRE...

      Padam
  7. Salam

    Sy juga ada miliki syiling yasin 7.Sy berminat nak ketahui asal usl syiling ini sebab cara sy dapat syiling agak menarik.Beberapa tahun yg lepas pada bulan ramadhan sy dapati syiling ini ada dalam poket seluar sy.sy masa tu memang tak pernah tahu akan kewujudan syiling ni sehinggalah atuk yg bercerita setelah sy tunjukan kan syiling sy ni.Ada yg ingin pinjam untuk upacara mistik tp sy kurang berminat.Mungkin kebetulan sy bermimpi tapi seolah sedar didatangi seorang wanita berpakaian putih yg berpesan sesuatu tp agak kurang jelas.Waallahualam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sky,
      Menarik sekali cerita tuan ini,jika kita melihat syiling yasin disudut mistik berbagai kisah dapat kita baca dan dengar.Sdr sky telah mengalami sendiri kisah yg dikira sebagai luar biasa,dari kisah2 begini menjadikan syiling yasin tidak henti2 diburu oleh pengamal2 mistik dan sejauh mana keberkesanannya tidak pula didokumenkan dgn yg jelas..

      Dari sudut numismatik,kami masih tercari2 info yg membuktikan syiling yasin ini pernah digunakan sebagai alat untuk berjual-beli atau sekurang2nya sebagai token,syiling peringatan,pingat dll..

      Penemuan sesekeping syiling lama biasanya akan dapat menceritakan sejarah kerajaan atau tamadun dimana syiling itu dikeluarkan,namun hingga kini Syiling Yasin masih tidak dapat dikaitkan dgn mana2 kerajaan atau peradaban dan ianya kekal sebagai bahan mistik semata2..InsyaAllah suatu hari nanti semuanya akan terjawab bila pengkaji2 kita selesai menyelidiki tentang kewujudan syiling2 Yasin ini.(lihat komen dari Dato'Sharuddin)

      Salam dan terima kasih banyak sdr sky...

      Padam
    2. Assalamualaikum saya ada banyak duit yassin dan wali 7 masih tersimpan tiada apa2 faedahnya sekarang sebab itu nk jual nya

      Padam
  8. Saya ada trjumpa syiling lama macam timah dalam bahasa arab yg brtulis 'maliul adil'di hulu kuala berang, terengganu dalam alur sungai sewaktu memancing. ada siapa2 tahu tentang penerangan duit ni blh share..

    BalasPadam
  9. Saya ada trjumpa syiling lama macam timah dalam bahasa arab yg brtulis 'maliul adil'di hulu kuala berang, terengganu dalam alur sungai sewaktu memancing. ada siapa2 tahu tentang penerangan duit ni blh share..

    BalasPadam
  10. Saya ada trjumpa syiling lama macam timah dalam bahasa arab yg brtulis 'maliul adil'di hulu kuala berang, terengganu dalam alur sungai sewaktu memancing. ada siapa2 tahu tentang penerangan duit ni blh share..

    BalasPadam
  11. Saya ada trjumpa syiling lama macam timah dalam bahasa arab yg brtulis 'maliul adil'di hulu kuala berang, terengganu dalam alur sungai sewaktu memancing. ada siapa2 tahu tentang penerangan duit ni blh share..

    BalasPadam
  12. Saya ada trjumpa syiling lama macam timah dalam bahasa arab yg brtulis 'maliul adil'di hulu kuala berang, terengganu dalam alur sungai sewaktu memancing. ada siapa2 tahu tentang penerangan duit ni blh share..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syiling yg ditemui sdr itu adalah pitis/kepeng Terengganu,ianya adalah berlainan dgn syiling Yasin kerana pitis itu ada sejarah pengeluaran dan penggunaannya yang jelas..Tuan boleh layari blog mnfaj.blogspot.com untuk penerangan lebih lengkap...Terima kasih

      Padam
  13. salam tuan depankanta :

    sy mempunyai 4 keping jenis duit berbentuk syiling ini ... ini adlah dar tembaga tulen iaitu tiada campuran dan memang asalnya dr tanah jawa .. mengikut kisah TOK Ku saya syiling ini adalah dtg drpd ahli sufi yang dtg bersama kerajaan majapahit suatu tika dahulu ... sejauh mana kebenaran syiling ini sy tak pasti ...jika pihak tuan ada informasi..bolehlah maklumkan kepada sy ...

    email : admin.techdivcenter@gmail.com

    jika nak melihat gambarnya pun boleh...sbg rujukan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr Jaka,
      Satu maklumat yang menarik untuk mengaitkan syiling Yasin dengan kehidupan ahli sufi dan kaitannya dgn tanah Jawa..Logam dan imej yang ada pada syiling itu mungkin akan dapat memandu kita untuk mendapatkan maklumat asal-usul syiling Yassin yang menjadi persoalan sejak sekian lama...

      Sekiranya tidak keberatan sila emelkan foto syiling2 itu (bahagian muka dan belakang) pada: ajoyzultp@yahoo.com.my
      Nanti kita sama-sama lihatnya dengan lebih terperinci....

      Salam dan terima kasih sdr jaka sembung

      Padam
    2. untuk makluman tuan...sy dah pun hantar emel...sila check emel tuan...tq

      Padam
  14. duit yasin ni bukan nilai untuk membeli barang di zaman dahulu, tapi die digunekan simbol, melangkah ke tahun seterusnye dan seterusnye.. mngikut tahun... harap semua sudah paham

    BalasPadam
  15. misterinya kita xtaw, tentang gambar2 yang mana mungkin kaabah,nabi khidir, dan sebagainya,, setiap didunia ni ade juga yang tersirat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sdr anuarsilver,
      Semua sependapat menyatakan syiling yasin bukan syiling untuk berjual beli..Maklumat yang sering menjadi tanda tanya dikalangan peminat syiling yasin ialah tentang asal usulnya mengikut kajian ilmiah, adalah dialu-alukan jika
      pelawat dapat berkongsi info atau rujukan berkaitan hal ini...terima kasih

      Padam
  16. assalammualaikum,
    bolehkah saya pos image duit syiling yassin kpd tuan utk di ceritakan perihal syiling yassin ini, saya cuba bandingkan image2 yg pernah saya lihat tapi tiada satu pun serupa ada di tangan saya, bagaimana caranya.
    harap dapat membantu,
    terima kasih

    bad

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam w.w,
      Silakan tuan..Walaupun depankanta bukan pakar dalam hal ini, sekurang-kurangnya dapat kita kongsi bersama. Foto yang dihantar biar terang dan fokus pada bahagaian tertentu bagi memudahkan pemerhatian...emelkan kepada: ajoyzultp@yahoo.com.my

      Terima kasih..

      Padam
  17. Assalammualaikum. Saya turut mempunyai duit syilling Yassin gambar kupu-kupu dan orang tua bertongkat. Tarikh yang tertera dalam bahasa arab menunjukkan wujud pada tahun 521. Saya perolehinya secara tiba-tiba 10 tahun lalu semasa berada di negara Brunei. Jika saya hendak jual syilling ini...bagaimana? email saya: azzikri24@hotmail.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam w.w,
      Terima kasih kerana melawat blog ini, syiling yasin mempunyai peminatnya tersendiri. Dicadangkan sdr cuba masukkan dalam mudah.com untuk menjualnya kerana kebanyakan peminat syiling yasin akan mencari syiling yang dihajati melalui laman tersebut...terima kasih

      Padam
  18. Saya nak sesiapa tolong untuk memastikan duit2 yasin saya sama ada palsu atau asli..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hingga kini tiada siapa yang dapat pastikan spesifikasi teknikal bagi syiling Yasin yang asal, yang ada memberi pendapat adalah andaian semata-mata. Berdasarkan kenyataan ini sukar untuk memastikan sesekeping syiling yasin itu samada asli atau palsu..Terima kasih sdr maan..

      Padam
  19. Salam.saya bersetuju dgn pandangan tuan.dlm kerajaan Islam dahulu kalimah Tauhid yg diguna pakai.bukan gambar org Tua bercawat dgn ayat surah Alquran yg adakalanya merendahkan martabat Agama kita sendiri.adakala terlalu taksub mempercayai syiling tersebut mungkin blh menjejaskan pendirian Tauhid kita pd Allah swt...helmy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali sdr helmy,
      Kepercayaan dan pendirian tauhid sesuatu kelompok manusia kadang-kadang dapat dilihat dari apa yang diterjemahkan kepada paralatan dan pemakaian mereka..Syiling yasin adalah salah satu "barang" kegunaan sesuatu kelompok yang menggambarkan betapa ianya tersasar dari akidah islam sebenar yg dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW...Terima kasih tuan

      Padam
  20. Salam sahabat2,
    cuba lawat blog ni sbb ada banyak syiling yasin di sini
    http://duit-yasin.blogspot.com/

    BalasPadam
  21. Salam, ada beberapa pekara yg perlu kita tahu tentang syiling yasin. Syiling yasin yg terawal di perbuat dari tembaga, kemudian baru ada cetakan yg mengunakan die cast dan stamping, siling dari silver adalah kemudian dari syiling tembaga. Tembaga lebur pada suhu 1100 darjah celcius, air mendidih 100 darjah celcius. Di malaysia tempat terawal di ketahui melebur tembaga ialah di kampung ladang , Terengganu. Bayangkan org dulu2 melebur tembaga pada suhu lebih1000 celcius. Bayangkan acuan tanah liat yg perlu di buat dan bayangkan betapa nipisnya syiling yasin dan betapa cantik nya sesetengah design syiling yasin yg di perbuat dari tembaga. Setiap syiling yasin selalunya akan mengikut design asal dengan detail yg amat menajubkan. Maksudnya cetekan kedua juga di buat dengan teliti atau di perbuat oleh satu kilang atau dari tempat yg sama. Cuba fikirkan yg stamford raffles meninggal 1826 telah mengumpulkan beberapa design siling yassin ini dan sekarang ada di simpanan di british museum.. rujukan buku joe cribb, a numismatist, specialising in Asian coinages. ada artikel berkenaan penemuan syiling yasin yg tak ternilai harganya di lembah bujung, kedah. rujuk google, artikel utusan. sepatutnya pihak museum malaysia membuat kajian terperinci tentang syiling yassin ini. kita ingin tahu bahawa zaman dahulu orang di malaysia ada teknologi tinggi untuk melebur tembaga dan menghasilkan syiling2 yasin yang sangat cantik dan begitu detail. di waktu itu syiling belanda pun tak secantik syiling yasin. seolah2 temadun islam ketika itu ingin memberitahu dunia bahawa mereka sungguh maju dan pandai dan bangsa lain ketika itu tidak sepandai mereka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam kembali tuan,
      Terima kasih banyak kerana menyalurkan info tentang syiling Yassin. Mengikut apa yang digambarkan oleh Raffles syiling Yassin adalah satu logam yang berbentuk syiling yang digunakan oleh masyarakat melayu untuk tujuan mistik. Joe cribb pula hanya mengkategorikan syiling yassin hanya sebagai "magic coins" . Persoalan numismatik tentang syiling ini adalah,adakah syiling Yassin ini benar2 syiling yang digunakan untuk berjual_beli atau digelar syiling kerana ianya kebetulan mempunyai bentuk seperti syiling sedangkan sebenarnya ianya adalah dibuat untuk kegunaan lain. Proses pembuatan syiling yassin agak luas untuk dibicarakan kerana tidak ada pihak yang dapat mengesahkan sesekeping syiling yassin itu yang asal atau replika kerana tiada fakta mengenai sejarah pengeluaran/pembuatan syiling yassin ini. depankanta berpendapat kebanyakan syiling yassin yang ada dipasaran hari ini adalah replika yang dibuat secara sambilan oleh tukang-tukang tembaga,perak, timah dsb bagi memenuhi permintaan masyarakat, keadaan ini telah diamalkan sejak sekian lama...

      Mengikut pemerhatian depankanta, kewujudan syiling yang seumpama syiling Yassin ini juga dapat dilihat seluruh dunia terutama dinegara2 ketiga yang masih kuat dengan kepercayaan mistik. Penemuan syiling yassin dengan berbagai imej dan berbagai logam menggambarkan syiling ini masih dibuat hingga hari ini dan akan berterusan selagi ada pihak yang menginginkannya..Kebanyakannya percaya dengan mudah tanpa mempersoalkan ketulinannya kerana kehadiran syiling ini biasanya diiringi dengan berbagai cerita mistik...Waallahualam

      Padam
  22. asalammualaikum sahabat.....
    kalau nak jual duit yassin tu....
    boleh lah call sy atau wechat n whatupp
    0102206672

    BalasPadam
  23. salam.saya ada sekeping logam tembaga bertulis yassin7x.dan gambar dua individu sedang menadah tangan.. saya dapat pada tahun 1998 yg ketika itu berumur 10 tahun.sy bermain di taman permainan flat pekeliling kL. hujung taman tu ada pokok tua yg berlubang dipangkal nye..zaman budak2 faham jela ingin tahu kuat sgt..so amik kayu jolok2 lubang tu keluar botol kecik minyak kaler merah dgn ade mcm akar ke bulu putih x igt..dah pecahkan.. pastu tgok lg dlm lubang tu ade ape..usik2 dpt kepngan logam tu..rase mcm hebat la konon jumpa harta karun..haha.. zaman kanak2 la katekan..pastu bwk naik flat n tnya bapak saudara..dia cakap nak simpan 2-3 hari kot datang mimpi..tp lpas tu dia pulangkan n bgtau terpulangla ko nk buang ke simpan..so sy amik bersihkan n simpan sampai sekarang..pernah juga minta abg ipar d kL utk bawa kemuzium tnya..tp entahla dia mcm berat je..so simpan jela same dgn koleksi duit lama yg lain.. tp hati ni teringn betul nk tau asal usul kepingan kepingan logam ni wujud macam mne?.spe yg tempa? zaman bila?adeh kompius teman..

    BalasPadam
  24. Saya 6 keping duit yasin sya nk jual hubugi no ni untuk kteragan lanjut

    BalasPadam
  25. Saya ada 6 keping siling yasin sya nk jual hubungi no ni untuk kteragan lanjut 0139085200

    BalasPadam
  26. saya ada duit yasin 5,.
    ada yang berminat x??
    wassp 0145399517

    BalasPadam
  27. SAYA ADA BERMACAM 2,,,,,WASSP 01124407481

    BalasPadam
  28. Sy ada duit sprti dlm gmbr tu.sy simpan tujuan utk halau nyamuk,slepas sy gn kelambu rsnya dah xnak simpn lg duit tu.berminat boleh wasap 0199999642

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik.. Boleh halau nyamuk, pernah cuba halau gajah tak?

      Padam
  29. salam.. saya ada duit yassin 9.. nak di jual.. ada yang berminat..
    0175227460 my number..

    BalasPadam
  30. jadi duit kertas yg di gunakan sebagai apa pula?? bekerja sebab duit? beribadah sbb duit?? berbakti sbb duit??di simpan pn sbb duit?? jadii tangkal mana yg lebihg power?? tangkal dahulu ke atau tangkal skrg??
    Penulis sendiri yg katakan gambar tersebut sebagai gambar Nabi??betul ke?? info dari mna?? boleh percaya ke??xda yg lebih karut dari yg karut karut belaka, xda yg lebih khurafat dari yg di zahirnya saja akhirat tapi di hatinya...oh Dunia...oh Dunia...oh Dunia..kadang2 ada segelintir cabang ilmu yg jauh dari pemahaman kita, jangan2 yg mereka yg di cemuh itu adalah mereka yg lebih dekat hatinya dgn Allah maka kita terus lalai dgn oh Dunia.................

    BalasPadam
  31. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  32. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  33. saya ada 10 keping syiling yasin berminat whatsapp 01124407481

    BalasPadam
  34. saya ada 10 keping syiling yasin berminat whatsapp 01124407481

    BalasPadam
  35. salam tuan saya pernah di minta mencari duit syilling yasin 3 dan berbayang 3 jika tuan pernah menyimpannya ....boleh whatsapp saya 0199444911

    BalasPadam
  36. salam tuan saya pernah di minta mencari duit syilling yasin 3 dan berbayang 3 jika tuan pernah menyimpannya ....boleh whatsapp saya 0199444911

    BalasPadam
  37. Saya memiliki syiling yasin 7 & 9. Tel. 01114774174.

    BalasPadam
  38. Sy ade syiling yasin zulfikar dan syiling yasin wali 7.
    asalnya arwah datuk berikan sy syiling yasin zulfikar.baru2 ni sy buka tengok,timbul sekeping yg syiling yasin wali 7.ini yang asli.arwah datuk sy mmg org jawa indonesia yg dulunya menetap di sabak bernam.skrg sy ingin menjualnya.anda tetapkan maharnya utk urusan.
    sy di kuala terengganu.
    whatsapp sy jika berminat 01129421368

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berapa kah maharnya?jika benar apa yang encik katakan,saya bayar RM100 ribu cash masa jumpa.sy perlukan dengan segera.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. sy mempunyai 4 item syilling yassin...cara buatan dya memg ori...bkn mcm skrg...bminat nk tgk wssap sy
      01110744502

      Padam
    4. Tanpa nama..sy ade sekeping syiling yasin 7. Pusaka moyang sy.Kalau tuan berminat. Wsp sy segere 0176656296.lokasi bandar baru bangi

      Padam
  39. Kepada Tanpa Nama 7 April 2016. Boleb whatsapp saya 0132524872. Sy ada apa yang encik cari. Dan ia asli. Boleh tengok2 dulu. Sy di Nilai.

    BalasPadam
  40. Kepada Tanpa Nama 7 April 2016. Boleb whatsapp saya 0132524872. Sy ada apa yang encik cari. Dan ia asli. Boleh tengok2 dulu. Sy di Nilai.

    BalasPadam
  41. Syiling Wali 7 Kaabah, Syiling Kupu2 Yassin 7, Syiling Lelaki Wanita mengayuh perahu, dan Syiling Burung. Asli benar tinggalan arwah atuk dari Brunei. Whatsapp 0132524872. Anda tetapkan maharnya..insyaallah milik anda..

    BalasPadam
  42. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  43. Saya nak jual Syiling yasin,boleh tengok kt mudah..http://m.mudah.my/view?ad_id=50212914 ..harap kan ada orang islam boleh beli kan...CALL:01121933938

    BalasPadam
  44. sy ad sekeping duit yasin , wasap 0199490413

    BalasPadam
  45. Saya ada wali 7 kaabah dan Yasin 7 tembaga merah macam emas siapa yang berminat sila whatsapp no 0134469440.

    BalasPadam
  46. hakikatnye ini adelah duit syiling bertuah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Owwwhhh.... Macam hang tuah ke??

      Padam
  47. Saya ada sekeping duit syiling bahtera nabi Nuh as berminat whatsapp 01121774775

    BalasPadam
  48. Salam semua. Sy terpanggil untuk mencari kebenaran kewujudan syiling yasin ini. Sy menjadi bingung setelah sy hilang hampir 3jam di tangga kenari, gunung jerai kedah. sewaktu hiking pada awal bulan DIS tahun 2022. Sy sedar sebenarnya sy melencong jauh sikit dari laluan hiking kerana tidak tahan ingin membuang air kecil. Dalam perjalanan untuk mencari tempat membuang air kecil sy terpijak satu benda tajam seakan2 duri dan terus berasa pening macam nak pitam. Ketika kejadian sy perasan jam ditangan sy menunjukkan 9.30 pagi kemudian sy duduk sebentar dan hilang seketika seperti bermimpi sy berada disebuah rumah kampung yg usang. Sy berjalan disekitar kawasan luar rumah tersebut rumah tersebut terletak di tengah² hutan yang agak lapang tanpa pokok. Sy kemudian masuk kembali kedalam rumah bekenaan untuk mencari penghuni rumah. Keadaan rumah tersebut mcm sudah lama ditinggalkan keadaan berhabuk dan sarang labah2 kelihatan merata² dlm rumah berkenaan. Kemudian diri sy terpanggil untuk membuka kotak yang berada di ruang Tamu rumah berkenaan. Setelah membuka kotak tersebut sy melihat banyak syiling² yg sama seperti dalam gambar di blog ini. Sy terus kembali sedar apabila sy mengambil salah satu dari syiling tersebut. Sy berasa bingung dan pelik duit syiling tersebut benar2 wujud dan berada tapak tangan sy. Dgn apa yg diceriatakan dlm blog ini sy lebih yakin syiling tersebut berasal dari alam lain. Dalam keadaan takut akan gangguan mahluk lain sy telah membiarkan duit syiling tersebut dikawasn berkenaan. Sy agak pelik karana masa sy sedar jam menunjukkan pukul 1.00 pm. Sy tidak meneruskan perjalanan dan terus turun kembali dibawah.

    BalasPadam