Isnin, 17 Oktober 2011

MDD 1997

Syiling 1 sen Malaysia biasa dijumpai beberapa kategori error spt die chip,die clash,rotated die dan die crack errors..Dalam koleksi depankanta hanya terdapat dua tahun keluaran sahaja syiling 1 sen ini yang terdapat tanda2 imej berganda iaitu tahun 2004 dan 1997
      Rujuk pada post sebelum ini,telah dipamirkan bagaimana syiling 1 sen 2004 adalah dalam kategori doubled die error yg terjadi pada bahagian muka.(DDO).
     Berbeza dengan syiling 1997 ini walaupun kelihatan ada kesan tempaan berganda tetapi sebab terjadinya adalah berlainan dari syiling 2004.Jelas sekali ianya adalah kesan dari pergerakan die semasa proses penempaan dijalankan.Fenomena ini dikategorikan sebagai Machine damage doubling(MDD)

                             Kesan imej berganda kelihatan hampir sama dgn doubled die error

                                        Bila banyak syiling begini disusun menampakkan kedudukan imej utama dan imej keduanya tidak sama ukuran jaraknya menandakan ianya terjadi akibat beberapa peralatan/mesin yg berkaitan dgn die telah longgar..

                                     Dapat dilihat die progressive yg berlaku dan mengakibatkan jarak imej utama dan imej kedua semakin luas menandakan die yg semakin longgar.

                              Bagi pakar syiling error,cukup dgn memerhatikan satu spesimen sahaja bagi membezakan MDD dan DD.....Pada syiling ini Juga dikesan terjadi die chip errror pada angka "9"...

     Adakah pendapat depankanta ini sama dgn pendapat pakar2 syiling error Malaysia...perkongsian boleh membetulkan keadaan...