Sabtu, 12 Mei 2012

300 POSTS,9 DIE PROGRESSIVE

        Dengan tersiarnya post ini,genaplah 300 posts dalam blog depankanta.Sejak bermula pada pertengahan bulan mac 2011 hingga sekarang berbagai kategori syiling error telah dipamirkan, diiringi sesekali dengan post santai hujung minggu yg bertujuan untuk perbagaikan pengetahuan dikalangan numismatis disamping merehatkan minda...

         Dalam tempoh 15 bulan berlalu depankanta agak tergesa-gesa dan ada kalanya hampir setiap hari mempamirkan penemuan baru untuk dikongsi dgn pelawat.Ruang masa yang ada untuk hobi ini dirasakan begitu padat menyebabkan depankanta kekurangan masa untuk melawat blog rakan2 yg lain.Banyak masa dihabiskan untuk menyediakan posts untuk blog ini.Setelah genap 300 posts yg berjaya di upload untuk dijadikan bahan perkongsian dikalangan pengumpul syiling error,bagi fasa seterusnya mungkin akan diperlahankan sedikit bagi meluangkan masa melawat blog rakan2....

       Sempena angka bilangan post yg istimewa,depankanta pamirkan set 9 keping syiling die crack 1 sen 2003 dengan jelas dapat disusun mengikut die progressive.Mengambil masa tiga tahun untuk dikumpulkan dari pencarian lebih 100K keping syiling 1 sen....

              Perhatikan perubahan kesan keretakan dan saiz blob yg terjadi......

      Syiling pertama dalam koleksi depankanta,keretakan sudah agak ketara serta telah terbentuk blob pada huruf "N"....

  Syiling kedua menampakkan keretakan yg semakin panjang dan blob baru muncul atas huruf "N"...

Syiling ketiga,keretakan mula menuju arah angka "0"...Blob yg kecil mula terjadi semakin membesar...

        Syiling keempat,muncul lagi Blob baru pada keretakan .......

   Syiling kelima,.blob semakin membesar...Keretakan mula melengkung menuju angka"1"...

  Syiling keenam,blob semakin membesar serta keretakan mula membentuk bulatan....

     Syiling ketujuh,keretakan dari angka "0" menuju angka "1" membentuk retak dalam lingkungan...

            Syiling kelapan,keretakan semakin menghampiri angka"1"....
     Syiling kesembilan dan yg terakhir dalam koleksi depankanta hanya setakat menunjukakan keretakan yg hampir lengkap bertemu dgn keretakan asal.Depankanta berpendapat syiling ini berpotensi membentuk cud apabila ruang tengah2 keretakan ini akan pecah dan terserpih keluar....

        Die progressive dgn sembilan keping syiling begini sangat sukar dijumpai berada ditangan seorang pengumpul,bukan mudah untuk memburu syiiling2 variti die yg retak ini diantara 235,350,000 keping syiling 1 sen 2003 yg dikeluarkan oleh BNM...Koleksi begini sesuai untuk dijadikan bahan pamiran syiling error yg memberi peluang kepada pelawat untuk melihat sendiri perubahan yg terjadi....


    Mungkin pelawat juga miliki syiling 1 sen 2003 yg mempunyai ciri2 yg sama dan syiling itu mengikut susunan die progressive akan berada dimana-mana antara syiling-syiling ini.....

                       "TERIMA KASIH SEMUA,TERUS MAJU NUMISMATIK MALAYSIA"